Rabu, Februari 16, 2011


Fuh!!! Hangat. Memang hangat. Kali ni tak payah nak tulis panjang - panjang cukup hanya mengambil beberapa perenggan ayat dari blog Tun Dr. Mahathir Mohamed ni saja dah cukup. 

Ini yang pertama:

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

Yang ni yang kedua. Kalau boleh, mintak Nik Aziz dan konco - konconya keluarkan fatwa baru untuk menjelaskan perkara tersebut:

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

Seterusnya yang ini pulak. Jawapan ni sesuai sangat kalau ditujukan kepada Khalid James Samad yang asyik pertikaikan Perlembagaan. Kalau tak tau jangan cakap:

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

Dan ini yang terakhir:

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

Hah, kan dah kena sebijik. Kalau betul la Kerajaan Malaysia mengabaikan bacaan Al - Qur'an, takkan adanya Program Tilawah Al - Qur'an Peringkat Kebangsaan.

Dah berapa kali orang Malaysia menang Tilawah tersebut di peringkat Antarabangsa? Kalau betul la bacaan Al - Qur'an diabaikan oleh Kerajaan, takkan lahir orang macam Ustaz Hassan Azahari yang cukup terkenal diserata dunia.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Tun mengenai Harakah itu dah kira pukulan maut. Kenapa Harakah tak diterbitkan dalam bahasa Jawi sepenuhnya? Kenapa pakai tulisan rumi?

Ini la bukti jelas bahawa puak - puak Parti Angguk Saja ni hanya pandai cakap. Pandai mempertikai itu dan ini. Tapi mereka jelas tak pandai buat. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Jawab pork nik,kamu adalah perosak perpaduan melayu Islam.

    BalasPadam
  2. Di Terengganu Kerajaan BN pimpinan UMNO telah menubuhkan Institut Al Quraan di Bukit Payong, Kuala Terengganu.

    Semasa pemerintahan Pas 1999 hingga 2004 Institut itu hampir ditutup kerana dana yang masih disalurkan dari pusat melalui skim wang ihsan kepada institusi pendidikan telah dirampas oleh Kerajaan Pas pada masa itu. Apa maknanya semua itu.

    Sekarang ini YB Haji Khazan Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 30 juta untuk membangunkan Institut Al Quraan Terengganu (IQT) di kawasan 100 ha. di Cerang Ruku, Cendering, Kuala Terengganu. Boleh kita tengok Kelantan mengatasi kesungguhan yang sedemikian ??

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping