Rabu, Februari 16, 2011


Satu saranan yang perlu diajukan kepada Pusat Psikitrik Malaysia agar menjalankan kajian terperinci ke atas semua pemimpin PKR di Selangor wajar dilaksanakan secepat mungkin.

Bukan apa. Sebab dilihat semakin hari semakin kritikal dah tahap kesihatan mental diorang ni. Semuanya sebab bahana Gila Kuasa, Pangkat dan Jawatan.

Jadi saranan Menteri Kesihatan sebelum ini agar mewajipkan semua wakil rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan wajar disertakan pemeriksaan mental jugak.

Semalam, Ketua Wanita PKR Selangor katanya mengutuk pihak yang bertanggungjawab menerbitkan Selangor Terkini, akhbar yang menyerupai Selangorkini.

Haniza Mohamed Talha mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana ianya satu tindakan berniat jahat, menghasut rakyat dan cuba menimbulkan ketidak tenteraman dalam masyarakat awam.

Fuh! Bila orang lain buat, menggugat ketenteraman awam. Masa diorang nak buat akhbar Selangorkini dulu, tak menggugat ketenteraman awam la pulak ye?

Apa fungsinya Selangorkini kalau bukan untuk menghasut rakyat agar menolak akhbar media arus perdana macam Utusan Malaysia? Itu tak kira berniat jahat pulak ke?

Kononnya dia mengajak seluruh rakyat Selangor mengutuk perbuatan terdesak UMNO yang sengaja menimbulkan kekecohan akibat khuatir dengan sokongan rakyat yang kian bertambah kepada Kerajaan Negeri ketika ini.

Hek eleh. Memang betul - betul gila la dia ni. Yang diorang dulu mula - mula sibuk nak buat TV Selangor la, Selangorkini la untuk promosi Kerajaan Negeri bukan sebab terdesak ke?

Tak terpikir pulak ke dek ADUN Taman Medan ni bahawa tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan adalah disebabkan oleh diorang sendiri.

Apa tengkoraknya dia buat Selangorkini dulu kalau bukan sengaja nak menimbulkan kekecohan akibat khuatir dengan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Negeri?

Memang sah la. Pemimpin PKR macam si Haniza ni jenis keluar rumah tak tengok cermin. Sebab semua cermin kat rumah dia semuanya dah hancur berkecai.

Mana tahan tengok rupa hodoh diorang. Jadi sebab tu la dia cakap pasal orang tak kaji diri sendiri dulu. Namanya pemimpin, tapi akai tak dak. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK
    Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan Merlimau dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, JASA, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.
    Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang PRK Merlimau.
    Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH. Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.
    Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
    Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
    Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping