Tu la. Selalu sangat berkemban dan pakai seluar pendek. Tak reti nak tutup aurat. Kan dah mengigil tak tentu pasal macam orang kena sakit parkinson.
Yang dia tak pasal - pasal rasa takut sangat ni apasal? Dah hilang kepercayaan ke pada PAS, sampai tak sempat - sempat nak tunggu pembubaran Parlimen ni? Ke kena sampuk dengan hantu?
Azmin kata PKR akan menyediakan senarai pendek semua calon yang berpotensi menjelang 20 Mc tahun ini untuk memulakan rundingan.
Konon kata dia ianya persiapan menjelang Pilihanraya Umum yang kemungkinan diadakan sekitar April ini.
Fuh! Tak sabar betul dia nak menghadapi Pilihanraya Umum. Konfiden boleh menang ke? Ke takut kerusi Parlimen dia dirampas semula oleh PAS?
Lepas tu siap desak kepimpinan Negeri menghimpunkan nama untuk disyorkan kepad Biro Politik sebelum dibawa berbincang dengan PAS dan DAP.
Azmin sempat jugak mempertikai kedudukan PAS sebagai parti yang jauh lebih berpengalaman dari PKR.
Kata dia tidak adil la kalau PAS mengaku mereka lebih berhak untuk satu - satu hanya semata - mata kerana mempunyai lebih banyak cawangan dan ahli dalam sesuatu kawasan.
Kononnya dia dakwa mereka kena tengok pada isu - isu setempat yang kadangkala memihak kepada apa yang diperjuangkan oleh PKR.
Apa yang diperjuangkan oleh PKR? Perjuangan diorang sebenarnya hanya untuk Anwar dan beberapa pemimpin sendiri je. Bukan untuk rakyat pun.
Tengok apa jadi di Selangor sudah la. Ada pulak ADUN kena saman, nak pakai duit rakyat untuk tanggung kos guaman. Itu perjuangan PKR la tu.
Ada hati nak pertikaikan hak orang lain. Padahal dia sendiri perampas kawasan orang. Kita tengok nanti, dia nak ke tidak bagi balik kerusi Parlimen Gombak kepada PAS.
Jangan cakap je pandai, tapi buat tak reti. Nak jadi pejuang rakyat konon. Menang kerusi Timbalan Presiden pun sebab kuasa Si Al - Juburi. Itu pun ada hati nak pertikai hak orang lain? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.