Selasa, Februari 15, 2011


Ni sorang lagi manusia yang tak tau makna bertanggungjawab. Suka - suka dia je nak salahkan orang itu ini. Pada hal diri sendiri yang tak mampu nak buat, tak nak mengaku pulak.

Apa guna dia jadi Menteri Besar sikit punya lama? Kalau setakat tau menyalahkan orang itu ini, tak payah jadi Menteri Besar pun tak pe.

Bila orang kritik, mula la nak salahkan orang lain. Padahal itu jelas tanggungjawab dia sebagai seorang pemimpin. Dah tau benda tu salah, kenapa dia tak ambil tindakan?

Nik Aziz sekali lagi mengakui bahawa dirinya tidak bertanggungjawab terhadap jawatan yang dipegangnya selama lebih 20 tahun memerintah Kelantan.

Hari tu dia mengaku kesal dengan tahap kebersihan tandas Masjid. Dia salahkan rakyat Kelantan sebab tak ambik berat. Rakyat yang dia salahkannya?

Kali ni, bila ditanya kenapa masih wujud kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan, dia mengaku kurang penguatkuasaan Kerajaan Tempatan.

Lepas tu siap salahkan Media Massa dan Kerajaan terdahulu yang telah mempengaruhi rakyat dengan budaya kuning.


Habis apa tanggungjawab dia jadi Menteri Besar? Takkan benda macam tu pun dia tak boleh nak selesaikan? Buat malu je jadi Menteri Besar selama 20 tahun lebih.

Baru sekarang dia nak kata kurang penguatkuasaan terhadap gejala tersebut? Mana pergi dasar perjuangan Islam PAS kalau macam tu? 

Nampak sangat tak bertanggungjawabnya si Mursyidul Am PAS ni terhadap perjuangan Parti Angguk Saja tu selama ni.

Kalau betul Mursyidul Am PAS tu berpegang kuat kepada perjuangan Islam dan pentadbiran Islam, mustahil perkara macam tu masih boleh berterusan dan berleluasa di Kelantan. Melainkan dia sendiri pun tak 'cakna' kepada benda - benda macam tu.

Tapi bila tuduh orang jahil dan sebagainya, pandai sangat. Cepat je mulut tu jatuh hukum kata orang lain jahiliyah dan sebagainya.

Agaknya, puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang tak suka tengok diri sendiri dalam cermin agaknya. Hodoh sangat rupanya. Kalau tengok cermin pun, mau menangis cermin tu.

Lain kali, bila nak mengata orang tengok diri sendiri dulu la. Jangan main cakap je. Jangan setakat jadi ketam ajar anak berjalan lurus. Diri sendiri berjalan senget. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping