Ahad, Februari 20, 2011


Dah tua dah dia ni sebenarnya. Bawak bawak la berenti berpolitik. Cakap pun macam orang mengigau je dah. Tapi sempat lagi dia putar belit cerita untuk menipu rakyat.

Nik Aziz semalam mempertikaikan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan slogan Ketuanan Melayu yang kononnya dianjurkan oleh UMNO.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa masyarakat Melayu diutamakan dalam agenda dakwah PAS memandangkan golongan itu merupakan kumpulan terawal menerima Islam di Malaysia.

Sekali pun, kata dia, PAS mentadbir Kerajaan Negeri tidak menyebut Melayu, mereka menggunakan dasar Membangun Bersama Islam dan ianya diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Tiga kenyataan itu saja dah cukup menggambarkan bahawa si Wali Terompah ini adalah ahli politik, bukan pendakwah. 

Yang pertama sekali dia pertikaikan Dasar Ekonomi Baru. Dasar Membangun bersama Islam dia tu berjaya sangat ke? 

Kalau berjaya, kenapa masih ramai rakyat Negeri Kelantan yang keluar berhijrah ke tempat lain? Itu je dah membuktikan bahawa PAS Kelantan gagal dalam dasar mereka.

Kalau Dasar Membangun Bersama Islam yang diguna pakai oleh mereka untuk menjamin kedudukan ekonomi Melayu di Kelantan berjaya, dah tentu sekarang ni semua penduduk Negeri tersebut dah jadi kaya raya.

Yang kedua kata dia, golongan Melayu tak dipinggirkan PAS sebab mereka golongan terawal memeluk Islam. Tapi kebanyakkan rakyat miskin di Kelantan adalah Melayu dan mereka masih juga terpinggir. 

Sebab apa? Salah Kerajaan Persekutuan jugak ke yang tak menjaga rakyat Negeri tersebut? Kalau salah Kerajaan Pusat, habis apa tanggungjawab Kerajaan Negeri? Takkan duduk saja je kot.

Yang ketiga. Adakah benar Dasar Membangun Bersama Islam yang diamalkan dan dakwah yang dibawa PAS berjaya meyakinkan masyarakat bukan Islam? 

Kalau macam tu, dah tentu semua rakyat Negeri itu beragama Islam tanpa mengira kaum. Tapi kenapa masih lagi ada kedai jual arak dan kedai judi di Kelantan?

Yang keempat, kata Nik Aziz, dasar yang dilaksanakan itu diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang ada dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kalau macam tu, dah tentu ada dikalangan wakil rakyat Negeri yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Tapi yang ramai sekarang ni siapa?

Tapi dia kata Ketuanan Melayu tu tak bagus. Pada hal yang memerintah Kelantan dan semua wakil rakyatnya semua orang Melayu.

Nampak sangat Nik Aziz ni saja menggunakan Islam untuk meraih sokongan orang Islam terutamanya dikalangan Melayu. Nama je pemimpin Islam, tapi kerjanya menipu rakyat. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping