Dalam musim banjir ni, yang paling seronok sekali ialah budak - budak. Seronok sangat diorang ni main air. Kepada ibu bapa, kena berhati - hati dan awasi diorang ni.
Laporan hari ni kata dah lima orang yang menjadi mangsa akibat banjir. Kali ni melibatkan wanita Cina di Kota Tinggi katanya.
Dalam keadaan cuaca buruk ni, tak nampak pulak batang hidung pemimpin pembangkang ye. Yang diorang sibuk pasal isu di Mesir. Desak Kerajaan ambik tindakan segera la konon.
Itu mangsa di Mesir. Mangsa di Malaysia ni apa cerita? Diorang abaikan saja ke? Tak nampak pulak diorang ada ambik apa - apa tindakan. Turun padang jauh sekali.
...Anwar Sibuk Bagi Ceramah Di PJS 3 Semalam...
Yang nampaknya diorang ni asyik sibuk berkempen kesana - sini. Nak membersihkan imej la kononnya. Dulu masa media arus perdana kutuk Kerajaan Kedah tak prihatin diorang marah.
Sekarang, jelas terbukti diorang ni memang tak prihatin. Media diorang sikit pun tak cerita pasal mangsa banjir. Lagi nak kutuk orang ke?
...TPM Tengah 'Meranduk' Banjir...
Mana pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang ni yang konon nak jadi jaguh membela rakyat? Mana gambar Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Khalid Samad yang sedang meredah banjir?
Mana muka Nurul Izzah, Azmin Ali, Tony Pua, Tian Chua dan seangkatan dengannya? Kenapa masih tak nampak batang hidung diorang turun bantu mangsa banjir?
...Ali Rustam Melawat Kawasan Banjir Di Melaka...
Ke nak kena buat blog dulu baru nak tolong orang? Kalau kena batang hidung sendiri, pandai pulak menyorok dan mengalihkan isu. Itu yang dikatakan membela rakyat? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.