Uik, siapa lak mamat dalam gambar ni? Siapa kenal mamat ni, angkat tangan? Dengar kata mamat ni bakal buat si Sam Ketot kempunan makan limau di Merlimau nanti.
Aik, tengah - tengah kemeriahan orang sambut Tahun Baru Cina pun si Sam Ketot tu masih tak dapat makan limau ke?
Dengar cerita, mamat dalam gambar tu merupakan Ketua Pemuda PAS Melaka. Kira sama taraf la ngan Sam Ketot, sebab Sam Ketua AMK Melaka.
Nama mamat tu, Kamaruddin Sidik. Dari apa yang Semut dengar, nama si Kamarudin ni pun sangkut jugak dalam senarai bakal calon di PRK Merlimau nanti.
Tapi sebab nak 'cover line' dan tak nak menunjuk sangat yang dia pun mengidam jadi ADUN, si Kamarudin ni keluar kenyataan kata siapa jadi calon tak penting.
Mamat ni siap bagi tau lagi, pimpinan Pakatan pembangkang sepakat mengekalkan status quo bahawa parti yang bertanding pada PRU lepas akan diberi keutamaan dalam PRK.
Namun, secara 'berlapik', beliau kata keputusan akhir akan ditentukan oleh kepimpinan Pusat setelah mereka selesai bermesyuarat.
Mungkin sebab tu la mamat ni arahkan anak - anak buah dia pasang banner sekeliling Merlimau yang jelas mahukan anak tempatan jadi calon. Ye ke tidak tak tau la kan.
Alahai, kesian la kat Sam Ketot. Bagi la peluang dia nak naik nama. Dia kan ada cita - cita besar nak cabar KJ berdebat. Kalau si Kamarudin yang jadi calon, melepas la peluang dia nanti.
Kang tak pasal - pasal je kena beli seluar lebih. Bukan sebab kena banjir, tapi kecewa tak dapat makan limau.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.