Khamis, Februari 03, 2011


Tidak dinafikan, Mursyidul Am PAS ini memang memiliki ilmu agama yang tinggi. Tetapi malangnya, beliau menggunakan ilmu tersebut tidak kena pada tempatnya.

Maka tak salah rasanya kalau kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu disanggah. Nak pulak kalau yang menyanggahnya dari kalangan PAS sendiri.

Maksum sangat ke Nik Aziz sampai apa yang diucapkan tidak boleh lansung hendak dipertikaikan? Fikirkan sejenak, adakah setiap apa yang diucapkan beliau itu boleh diterima dalam Islam?

Sebagai contoh, beliau melabelkan pengundi Melayu Islam di Tenang sebagai jahiliyah kerana memilih BN. Apakah ianya bidang kuasa beliau untuk berkata sedemikian?

Jawapan yang beliau berikan kepada Tun Mahathir dalam isu kenyataan Lee Kuan Yew tidak sedikit pun menyentuh mengenai isu tersebut.

Yang dipertikaikan ialah kenyataan beliau terhadap kenyataan Menteri Mentor Singapura itu. Bukan mengenai perlaksanaan Islam di Malaysia.


Apa sebab beliau sokong kenyataan Lee Kuan Yew yang jelas mendesak umat Islam agar kurang Islamnya? Itu yang rakyat nak tahu.

Diantara jawapan yang beliau bagi turut menyentuh mengenai lesen arak dan judi oleh Kerajaan Malaysia. Persoalannya, kenapa beliau sendiri turut memberi lesen tersebut di Negeri Pimpinannya?

Bukankah PAS Kelantan sudah membuat memorandum agar Kerajaan Negeri menarik balik lesen premis arak dan perjudian di Kelantan? Kenapa beliau tidak memberi respon terhadap memo tersebut?

Beliau juga turut menyebut mengenai kemelut lantikan SUK Selangor. Terang - terang beliau kata lantikan itu tidak sedikitpun dibincangkan dengan Menteri Besar. 

Lantikan Datuk Khusrin itu dapat perkenan Sultan. Jadi memang sah kuasa Sultan dalam hal tersebut tidak dipinggirkan. Yang menolak lantikan tersebut ialah Menteri Besar Selangor dan konco - konconya. Jadi, siapa yang derhaka?

Dalam jawapan Nik Aziz tidak pula disebut mengenai isu pekerja Muslim di Selangor yang berkerja di premis yang menjual arak. 

Kenapa beliau tidak pula mengeluarkan kenyataan balas terhadap Ronnie Liu agar jangan menyibuk dalam urusan Hal Ehwal Agama Negeri dan Umat Islam?

Pelik, tapi itulah kenyataannnya. Adakah Nik Aziz ni hanya berani menentang sesama Islam sahaja? Dengan bukan Islam, kenapa dia tak tegur?

Patah balik. Tanya adakah benar PAS melaksanakan dakwah Islamiah yang sebenar atau Islam hanya menjadi senjata politik mereka semata - mata?

Selagi kenyataan itu tidak keluar, maka tidak wajar setiap kenyataan beliau diterima bulat - bulat oleh pemimpin PAS. Malah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri ramai yang dah terpesong. Kenapa dia tak tegur?
Categories: ,

1 ulasan:

  1. BELIAU MANUSIA PALING SEMPURNA DI MUKA BUMI INI...PENJAGA KUNCI SYURGA DAN MAMPU MEMBERI SYUFAAT KEPADA PENGIKUT TEGARNYA.........ITULAH NIK AJIS SI WALI TEROMPAH DARI KELATE,

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping