Rabu, Mac 09, 2011


Kadang - kadang baca tulisan orang ni susah jugak kita nak faham. Ada yang membawa dua maksud atau 'double meaning' yang kita kena baca betul - betul, baru boleh faham maksudnya.

Macam blog Semut ni jugak. Ada respon kata diorang tak faham apa maksud yang Semut cuba sampaikan. Maksudnya mudah je sebenarnya.

Jangan terpedaya dengan fitnah dan pembohongan yang bukan - bukan. Jangan pecayakan penipu - penipu rakyat terutama sekali si Anwar Ibrahim ni.

Tadi Semut baca ulasan yang dia kemukakan dalam laman portal Malaysia Insider. Ulasan itu dikeluarkan bagi membidas isi kandungan buku Autobiografi Tun Dr. Mahathir.

Kata Anwar, dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir dalam bukunya itu bukan satu benda yang baru bagi dia.

Malah Anwar kata secara konsisten dia dah jawab perkara tersebut sejak sebelum dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi.

Dr. Mahathir katanya mendakwa Anwar telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai TPM pada tahun 1998.

Namun, Anwar kata, dia telah menafikan dakwaan itu secara terbuka sejak tahun 1997. Rujukan Tun Dr. Mahathir kepada 4 wanita itu dinafikannya.

Kat sini je dah pelik sikit bunyinya. Tun Mahathir dakwa Anwar tahun 1998, tapi Anwar nafikan perkara itu pada tahun 1997. 

Tak pelik ke? Macam mana Anwar boleh nafikan benda yang didakwa masa depan ni? Setahun selepas dia nafi baru didakwa melakukan perbuatan tersebut? 

Macam mana dia buat? Dia ada mesin masa ke yang boleh bawak dia ke tahun 1998 dan menafikannya pada tahun 1997?

Itu satu perkara. Seterusnya Anwar jugak kata dia tidak mengulas mengenai dakwaan berhubung aktiviti 'homoseksual' kerana dari segi 'konteks' yang sebenar telah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks melibatkan empat wanita.

“Dalam konteks itu, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat,” kata Anwar lagi.

Kenapa tak disebut mengenai perkara ini? Dia boleh nafikan hubungan seks dengan empat orang wanita tapi dia tak sebut pun pasal liwat. Sebab apa?

Dan sekarang ni dia didakwa di Mahkamah kerana salah laku seksual yang dibuat oleh dia terhadap Pembantu Khasnya, Mohd Saiful Bukhari.

Kena ingat! Anwar masuk penjara dulu bukan atas tuduhan liwat. Tapi atas tuduhan rasuah. Dia cuma didakwa dimahkamah, tetapi dibebaskan atas alasan bukti yang diperolehi tidak mencukupi.

Kali ini, dia dah terperangkap. Sebab itu Peguam dia Si Poo...Singh tu cuba ubah cerita agar bukti yang ada kaitan dengan DNA Lelaki Y tidak diterima.

Bukti - bukti itu katanya telah diambil dari lokap tempat Anwar ditahan. Kononnya diambil secara paksa dan tanpa kebenaran oleh Anwar terlebih dahulu.

Baik. Kalau dulu dia tak sebut pun mengenai hubungan homoseksual dan kali ini dia tolak bukti yang mengandungi DNA, apa kata dia buktikan dirinya benar - benar tak bersalah?

Caranya mudah. Bagi je sampel DNA dia kepada piak Polis untuk dikaji. Nak jugak tengok sama ada sama atau tidak dengan DNA Lelaki Y yang ditemui sebelum ini.

Macam mana Anwar? Ada berani? Tak payah nak berdalih - dalih lagi. Buktikan cepat. Jangan buang masa dengan menipu rakyat!!!

1 ulasan:

  1. Aku cuma nk tunggu dia mati ajer.. kalau dia mati baru bersatu orang melayu ni.Aku yg ikut kesah dia dari kecik sampai dah besar pjg sekarang ni pun dah jemu jelak...sikap penipunye semakin npk jelas.. bila la dia ni nk taubat agaknya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping