Apa nak jadi la dengan minah Senamrobik dan kebaya ketat ni. Tak de soalan lain ke dia nak tanya pada PM dalam Sidang Dewan Rakyat?
Sekali pandang, soalan dia tu nampak sangat la yang dia dengki sebab tak boleh hantar SMS serta email kepada berjuta - juta rakyat Malaysia.
Kalau hantar pun, orang menyampah nak buat macam mana? Tak pasal - pasal je kena sumpah seranah sebab buat semak dalam 'handphone' diorang.
Inisiatif sebagai pemimpin Nombor 1 Negara untuk mendekatkan diri dengan rakyat ialah dengan menghantar ucap selamat melalui SMS dan e-mail.
Namun langkah tersebut katanya tidak melanggar Polisi Privasi syarikat telekomunikasi yang terlibat dengannya.
Malah kata PM, beliau tidak mempunyai akses kepada data peribadi penerima. Pejabat Perdana Menteri telah memastikan prinsip perlindungan maklumat peribadi ini dipatuhi.
Itu jawapan bertulis yang beliau buat bagi menjawab soalan Teo Nie Ching yang nak jugak sibuk tau sama ada tindakan itu telah mencabuli hak privasi rakyat Malaysia.
Yang dia cabul kehormatan Masjid dengan masuk ke ruang solat utama tu tak nak pulak dia jelaskan. Yang pegi ke Masjid pakai baju ketat - ketat tu dia tak nampak.
Benda baik orang buat untuk 'personal touch' kepada rakyat yang nak dipertikaikan? Kalau tak hantar, kata PM sombong. Dah hantar, siap sampai rumah dan 'atas riba' lagi pun dia nak pertikaikan jugak? Heran - heran...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.