..."Apa? Semua Nak Balik? Rosak La Ana Punya Program!!!"...
Ini la dia sifat - sifat puak - puak Parti Angguk Saja ni. Bila dah kalah, macam - macam la alasan yang diorang bagi. Nak salahkan diri sendiri? Jangan harap.
Hidup mati semula pun mereka tidak akan menyedari hakikat bahawa kekalahan mereka di Kerdau adalah salah mereka sendiri.
Tak sampai 24 jam kemenangan YB Ustaz Syed Ibra diumumkan oleh SPR semalam, mereka dah mula mencari alasan yang bukan - bukan.
Tuan Ibrahim dalam sidang Media semalam mendakwa bahawa kekalahan parti itu kepada BN adalah disebabkan peningkatan jumlah para pemilih.
Beliau juga turut mengakui bahawa jumlah undi di tiga kawasan Felda ada menunjukkan peningkatan dari kalangan pengundi.
Itu tandanya, peneroka Felda dah semakin menolak agenda yang dibawa oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni.
Mereka sedar bahawa Pembangkang jelas terang dan nyata menyebarkan janji - janji palsu dan dakyah pembohongan hanya semata - mata mahukan kuasa.
Semua pembohongan tu dibuat tanpa mempunyai penjelasan berdasarkan bukti yang kukuh. Diorang buat dakwaan sesuka hati mak bapak diorang je. Lepas tu berharap orang akan percaya dan terpengaruh.
Dia nak salahkan jumlah peratusan pengundi dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau kali ni. Dia
terus menyatakan perasaan tidak puas hati dan menyifatkan ianya sebagai pilihanraya paling melampau.
Wah! Tuan Ibrahim ni nak menyalahkan rakyat pulak ke sebab menjalankan tugas dan amanah mereka? Takkan itu pun dia nak kata melampau?
Siap nak buat program pemutihan pulak apa cerita? Dia nak putihkan apa? Putihkan pemilih agar mereka memilih mereka?
Jumlah peratusan keluar mengundi meningkat dalam Pilihanraya Kecil kali ini jika nak dibandingkan dengan Pilihanraya Umum yang lalu.
Jumlah undi yang dimiliki PAS tak berubah, tetapi undi terhadap Barisan Nasional didapati semakin bertambah.
Maka itu membuktikan bahawa rakyat terutamanya dari kalangan saluran 3 dan 4 iaitu saluran muda sudah mula kembali kepada Barisan Nasional.
Itu membuktikan bahawa perjuangan Barisan Nasional kepada mereka masih relevan dan masuk akal. Bukan setakat janji - janji kosong yang mereka gagal tunaikan.
Dah kalah tu, mengaku je kalah. Tak payah la nak susah - susah mencari alasan itu ini. Jangan la sampai jadi 'Sore Loser'!!!
kalau tak sanggup kalah jangan bertanding !!
BalasPadamdulu mereka cakap UMNO dah tak releven...sekarang ni macamana!!! berfikirlah demi bangsa...wassalam
BalasPadam