Isnin, Mac 07, 2011


Dah kalah, macam - macam la alasan yang didengari datang dari puak - puak Parti Angguk Saja ni. Ada yang kata diorang kalah sebab Kerdau dan Merlimau kubu kuat UMNO/BN.

Kononnya UMNO/BN hanya berani bertanding di kerusi yang ternyata kuat serta tidak mampu digugat oleh pihak lain.

Habis di Galas apa cerita? Bukan ke Galas tu tu boleh dikira sebagai kubu kuat PAS? Kenapa UMNO/BN masih dapat sokongan disana?


Ada jugak kata, Pilihanraya Kecil ni tak memberi apa - apa signifikan kepada sokongan rakyat sebab hanya tertumpu pada isu - isu tempatan.

Jauh bezanya dengan Pilihanraya Umum nanti kata diorang. Dalam Pilihanraya Umum nanti, isu Nasional yang akan dipertaruhkan.

Konon diorang nak buat dakwaan la yang pengundi hanya mengundi sementara je untuk Pilihanraya Kecil ni.

Pilihanraya Umum nanti, rakyat akan melihat kepada isu Nasional yang kononnya tak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pusat.


Habis tu, masalah dikawasan Dewan Undangan Negeri, boleh selesai ke? Dah tentu isu yang berbangkit di kawasan DUN ini banyak isu tempatan.

Tak kira la masa Pilihanraya Umum. Rakyat tempatan perlu didahulukan. Bukan hanya tertumpu pada Kerajaan Pusat je.

Kalau tumpu pada isu Nasional, isu tempatan dapat diselesaikan ke? Jadi dah tentu la kena bagi tumpuan jugak. 

Takkan nak dibiarkan sahaja rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri ni. Sedangkan mereka lah yang perlu diberi keutamaan.

Itu semua alasan retorik puak - puak Pembangkang macam si Ronnie Liu dan si Khalid Samad yang tak dapat terima kenyataan bahawa rakyat masih menyokong Barisan Nasional.


Agenda mereka dah diketahui oleh rakyat. Rakyat dah nampak pembohongan dan penipuan yang mereka buat secara terang - terangan. Lagi diorang nak tolak keputusan rakyat?

Perjuangan mereka hanya retorik semata - mata. Cakap mudah, buat belum tentu. Dah memerintah beberapa Kerajaan Negeri pun masih gagal membela rakyat.

Baru sekarang la sibuk - sibuk nak memperjuangkan Melayu dan sebagainya. Dulu kenapa tak buat? Dulu kenapa dipinggirkan?

Inilah perjuangan sesumpah namanya. Cakap hari ni A, esok cakap B pulak. Menipu je kerjanya. Takde kerja lain. Nak memperjuangkan rakyat konon. Ciet!!! Pigidah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping