Ahad, Mac 20, 2011


Wah!!! Ini satu berita yang betul - betul mengejutkan. Semut semak dalam mana - mana blog, takde lagi cerita ni. Tapi cerita ni betul.

Semut dengar kata, awal pagi tadi Parti Kencing Rakyat ni dah dikuburkan di Indera Mahkota, Pahang.

Kononnya, kebanyakkan ahli mereka dah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR sama ada di peringkat Pusat mahupun di peringkat Negeri Pahang sendiri.

Salah satu sebab yang dinyatakan ialah mengenai hala tuju PKR yang dilihat tidak kemas. Ingat, mereka kata bukan hanya di Indera Mahkota, tapi keseluruhan Negeri Pahang.

Mereka dah mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan si Fauzi Pendek yang dilihat layu dan lemah walaupun dia seorang pengikut kuat si Ketua Penipu itu.

Satu lagi kekecewaan mereka yang keluar ialah mengenai Pemilihan Parti yang diadakan pada tahun lalu. Katanya, sistem 1ahli 1undi itu hanya retorik belaka.

Ianya hanya mainan kata - kata pemimpin atasan untuk menarik minat ahli agar keluar mengundi sedangkan realitinya masih wujud kroni - kroni tertentu.

Sampai sekarang, kata mereka, aduan dan laporan bantahan yang dihantar kepada Majlis Pimpinan Pusat masih tidak mendapat sebarang jawapan.

Dengar kata hampir 700 orang ahli PKR Indera Mahkota, termasuk Timbalan Ketua Cabang yang juga Pemangku Ketua turut bertindak keluar dari parti tersebut.

Aik! Kenapa pulak pakai Pemangku? Mana pergi Azan Ismail? Dah mati ke dia? kalau dah mati, dah tentu ada Pilihanraya Kecil.

Azan dilaporkan sudah menghilangkan diri dan dengar kata ada arahan dari Majlis Pimpinan Pusat agar Azan dipindahkan ke Terengganu.

Itu la masalahnya bila pilih pemain import. Sesuka hati dia je nak dipindahkan kemana sahaja. Yang merananya, orang tempatan jugak.

Tapi ini Semut dengar cerita sahaja. Kalau nak tahu lanjut, pegi la tanya Azan Ismail tu sendiri dan jugak ahli - ahli PKR Indera Mahkota.

Cuma kebarangkalian benda ni benar tu memang ada. Maklum la. Siapa lagi yang nak percayakan Si Ketua Penipu tu kalau dia asyik buat drama dan berdalih dengan isu DNA dia je sejak kebelakangan ni ye tak?

Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?
Categories: ,

1 ulasan:

  1. salam,pandangan pribadi saya tentang isu ini menjelaskan kepada kita serumah kalu didiami oleh pelbagai anutan agama pasti ada musibahnya.kenyataan sdr ibrahim sidik jelas menggambarkan perjuangan pkr untuk kroni dan pribadi serta parti yang menggalakkan gangster.
    11 tahun bersama pkr bagi mimpi disiang hari yang tiada titik noktah.bila diberi peluang menjadi pemimpin bersikap kejam,contohnya apa yang telah guan eng lakukan pd peniaga melayu p.pinang.
    Wahai bangsaku yang beragama islam sedarlah karpal sing dan lim kit siang adalah musuh islam,terbukti bila dia memberi kata dua pada pas supaya tidak menjalankan hukum islam.
    Wahai bangsaku bangunlah dari lamunan mat jenin,berjuanglah di landasan yang ternyata untuk orang melayu.
    Dulu anwar ibrahim semasa dalam Abim perjuangannya kearah menegakkan Islam,tetapi kini apa dah jadi.
    Sejarah kita telah membuktikan bila soal ketuanan melayu di cerca,maka melayu akan bersatu.
    Sedarlah bangsaku DAP adalah parti perkauman dan anti Islam.
    Jika kepercayaan rakyat dikhianati pasti tak akan mendapat pertolongan dari Allah SWT.Rasionalnya,kenapa ramai wakil rakyat keluar dari PKR,sedangkan mereka ne orang terpelajar.
    Oleh itu bangsaku cukuplah berjuang dilandasan PKR,fikirlah tentang masa anak2 kita.DSAI<azmin mereka ini kaya raya!!!
    Tentang YB Azan pula kalu anda ikhlas dalam perjuangan kenapa Sdr lari Ke terengganu.Adakah anda takut untuk di audit akuan cabang IM.
    Sekian wasallam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping