"...Aduh! Tak Jadi Taktik Poo...singh Aku Kali Ni..."
Banyak cerita hari ni pasal identiti Datuk T yang katanya ada kaitan dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Ada jugak pihak yang menamakan Datuk Shazryl Eskat Abdullah (gambar sebelah) sebagai individu yang digelar Datuk T.
Dakwaan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul hari ini dalam sati sidang media yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PKR, Si Ciputdin Nasution.
Tapi itu semua spekulasi yang masih tidak berasas. Masih ada perkara yang lebih penting untuk diberi keutamaan.
Macam yang Semut cakap sebelum ini, persetankan isu video itu terlebih dahulu. Biar pihak Polis je buat yang buat siasatan.
Yang penting, puak - puak Pembangkang haramjadah tu boleh buat dakwaan apa saja. Diorang bukan ada bukti pun. Main tembak peluru tabur je supaya rakyat akan percaya.
Fokus Semut ialah mengenai keputusan Mahkamah hari ini mengenai isu DNA. Walaupun Semut akur dengan keputusan tersebut, tetapi ianya masih dilihat tidak mampu untuk menyelesaikan masalah.
Anwar masih dapat memusingkan cerita dengan mengatakan DNA pada barang - barang yang diambil dari lokap dia ditahan sebelum ini sengaja diletak.
Dia juga masih boleh memukul canang kata pada tahun 1998 dulu, ada pihak Polis dah curi DNA dia secara paksa.
Semua tu dia akan buat demi menimbulkan keraguan dalam kes perbicaraan dakwaan meliwat pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari.
Kata beberapa orang sahabat Semut, selepas ni mesti pihak pembelaan akan keluar hujah dengan menggunakan alasan tersebut.
Menurut pandangan mereka, pihak Pembelaan mesti akan pertikaikan keputusan mahkamah sebab sebelum mahkamah dah tolak bahan bukti tersebut.
Jadi pihak Pendakwaan pulak terpaksa membuat tuntutan agar Mahkamah mengeluarkan arahan agar Anwar menyerahkan DNA dia untuk diuji.
Nak senang dan adil, bagi pihak pembelaan tengok sendiri Pakar dari Jabatan Kimia ambik sampel tu depan mata diorang sendiri.
Kemudian diorang boleh lantik seorang wakil Pakar DNA untuk memerhatikan proses ujian tersebut dijalankan. Pihak pendakwaan pun boleh ambik tindakan yang sama.
Baru la adil. Semua orang puas hati. Kalau masih boleh menimbulkan keraguan, sampai sudah la kes ni tak selesai. Tapi itu cadangan dari sahabat - sahabat Semut je.
Keputusannya tetap ditangan Hakim Mahkamah Tinggi untuk menentukan apa yang terbaik. Semut hanya menuntut keadilan ditegakkan. Bukan nak ganggu urusan mahkamah.
Yang hak perlu ditegakkan. Penipu dan pengecut macam Anwar tu perlu diperangi sampai ke lubang cacing sekali pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.