...Gambar Masa Pilihanraya Kerdau Ari Tu...
...Tapi Cerita Hari Ni...
Sapa tak kenal Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob ni? Kalau sapa tak kenal dia, baik berenti je la berpolitik.
Hari ni, Semut tersesat jumpa MB Pahang ni sewaktu Semut sedang merayap - rayap. Pelik jugak tengok kenapa orang ramai je kat sini.
Semut pun jenguk la tengok apa yang diorang ni dok sibuk - sibuk sangat ni. Sekali, dengar kata ada MB Pahang tengah bermesyuarat kat sini.
Kalau dia mesyuarat, kenapa orang ramai ni sibuk - sibuk kat sini? Dia tengah Mesyuarat, takkan itu pun diorang nak tengok jugak?
Rupanya kebiasaan MB Pahang ni lepas mesyuarat dia akan luangkan masa berjumpa dengan rakyat dan mendengar masalah mereka.
Macam - macam masalah yang dibawak oleh rakyat kepada beliau rupanya. Kalau salah tengok, macam doktor pun ada jugak ni. Dah macam - macam jenis orang sakit pun jumpa dia.
Mengenai tajuk artikel Semut ni, MB Pahang ni bukan kejam sebab sifat dia. Tapi kesanggupan dia 'membunuh' waktu untuk melayan setiap aduan dan masalah yang diajukan oleh rakyat.
Tak la macam sesetengah MB lain tu. Asyik tergagap sana sini. Bila bercerita, dia je la yang baik. Dia je yang bagus. Nak buat macam mana kalau dah dasar dia macam tu ye tak. Dasar tak sedar diri. Hehehe...
Bang , air xder kat Temerloh,cover story sikit,kena realistik,orang boleh beza mana yang ngampu dengan mana yang betul
BalasPadamTerima kasih atas makluman. Tadi MB Pahang kata dia dah sedia maklum.
BalasPadamPaip utama pecah akibat tekanan air tinggi sebab paras air naik mendadak. Sekarang ianya sedang diperbaiki.
Lori air telah diusahakan untuk hantar air kepada semua penduduk. Wassalam....