...Ya, Goyang Bang Nuar, Goyang. Jangan Tak Goyang...
Hahaha!!! Tau jugak diorang goyang ye? Goyang ni kalau dalam bahasa anak muda zaman sekarang, maknanya takut sampai terketar lutut.
Itu baru diajukan 5 soalan kepada Si Ketua Penipu tu. Belum masuk hal - hal lain. Kalau masuk hal - hal lain, mau terkencing pulak diorang nanti.
Peguam Anwar Ibrahim semalam memberi amaran kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya berhenti membuat kenyataan bodoh dan kebudak - budakkan.
Ianya berikutan 5 soalan yang ditanya oleh Eskay kepada Anwar mengenai perjalana Ketua Penipu itu di Thailand baru - baru ini.
R. Sivarasa kata, tidak ada pihak yang waras akan sanggup menjawap soalan - soalan sedemikian yang seolah - olah memperlihatkan keberanian ahli perniagaan itu.
Erk, rasanya kalau pihak yang tak waras ni dari kalangan puak - puak pembangkang je rasanya. Sebab diorang memang jenis yang dah hilang akal.
Bagi orang yang waras dia akan jawab soalan yang ditanya. Bila ada soalan yang ditanya, kena la ada jawapan. Kalau takde jawapan, tak ke kerja gila namanya tu?
Dan bagi orang yang waras, soalan yang ditanya itu berkaitan dengan maruah diri dan juga keyakinan rakyat terhadap Anwar.
Tapi mungkin Anwar ni memang jenis yang dah tak de maruah diri dan memang suka tipu rakyat, jadi dah tentu la dia takkan jawap soalan tersebut.
Yang peliknya, kenapa dalam sesi ceramah Anwar yang menjelaskan mengenai isu video ni, dia tak sebut pun nama Datuk Eskay?
Yang dia sebut hanya UMNO - BN dan Rahim Thamby Chik sahaja, sedangkan Datuk T tu ada tiga orang. Kenapa yang dua tu lansung Anwar tak usik?
Itu persepsi yang perlu dijawab oleh Anwar sekiranya dia rasa integriti dia lebih bermakna dan jika dia rasa dia layak nak jadi Perdana Menteri Malaysia.
Kalau tidak, sampai mati pun orang akan ulang tanya soalan tersebut. Dan kalau dia tak jawab soalan tu, jangan mimpi la nak jadi Perdana Menteri. Memang dia tak layak sama sekali!!! Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.