Rabu, Mac 23, 2011


Kalau dah perangai macam musibat, buat apa pun macam musibat jugak la. Inilah sifat sebenar Si Ketua Penipu Rakyat ni. Kerja lain tak de. Menipu rakyat je la kerja dia.

Semalam Si Ketua Penipu tu buat laporan Polis berhubung kes video lucah yang dipertontonkan secara tertutup kepada pihak media.

Dia sebelum ni mengaku yang diri dia sendiri tidak terlibat dalam video tersebut dan menafikan bahawa individu dalam video tu bukan diri dia sebenarnya.

Walapun tak de pihak yang menuduh dia sebagai individu tersebut, Si Ketua Penipu tu tetap jugak buat laporan Polis.

Persoalan Semut semalam, dia buat laporan Polis atas sebab apa? Dia sendiri pun belum tengok video tersebut, jadi macam mana dia boleh kata individu tu bukan dia?

Pelik perangai musibat sekor ni. Benda dia tak nampak, tapi dia boleh mengaku itu bukan dia. Pelik, memang pelik.

Persoalan Semut itu terjawab hanya bila Semut terbaca laporan dalam Utusan Malaysia semalam yang turut menyatakan bahawa PDRM akan membuat siasatan terhadap laporan tersebut.

Katanya, pihak Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Penipu itu dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Uik! Bila masa pulak ada edaran video tersebut? Bukan ke video tersebut hanya dipertontonkan secara tertutup kepada pihak media sahaja?

Macam mana nak sabit kesalahan kalau ianya belum lagi disebar atau diedarkan? Adakah akta tersebut merangkumi perkara ini?

Dengan kenyataan daripada Ketua Polis Negara itu, maka lenyap la spekulasi yang dikeluarkan oleh Ketua Penipu itu sebelum ini.

“Bukti saya adalah pembabitan peringkat tinggi, itu sebabnya mengapa tiada tindakan diambil oleh polis? Macam mana bahan lucah boleh ditayangkan di umum? (Nampaknya) ada perlindungan polis,” kata Anwar.
Kalau dia kata ianya ditayangkan kepada umum, tak payah la susah - susah Ahli Parlimen beria - ia cari video tu dalam internet semalam.

Sekarang pihak Polis dah ambil tindakan dan akan menyiasat laporan yang dia buat. Apa lagi alasan yang dia ada dan akan dia buat selepas ini?

Yang pastinya, Si Anwar Ibrahim ni makin hari makin bingai jadinya. Semua gara - gara mabuk DNA dia gamaknya.

Sudah - sudah la menipu rakyat ni Nuar oi! Ingat rakyat ni bodoh sangat ke macam dia? Dia yang memperbodohkan diri dia sendiri lagi ada la. Macam tu pun ada hati nak jadi Perdana Menteri? Ceh!!! Pigidah!!!

Ps: Masa yang dinanti - nanti sudah tiba. mahkamah akan buat keputusan hari ni. Nak ke tidak Anwar serahkan DNA dia ye?

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping