Kesian betul kat Ahli Parlimen Kuantan ni. Dia rupanya menyalak sorang - sorang. Tak de orang pun ambik 'port' isu Lynas dia ni sebenarnya.
Jadi, biar la Semut cerita sikit mengenai isu ni. Kang orang cakap si Fuziah Salleh ni gila pulak, menyalak sorang - sorang.
Projek Lynas yang hendak dijalankan di Gebeng ni sebenarnya dah lama bermula. Cadangannya telah diterima pada tahun 2008 lagi.
Sejak dari itu, projek ini telah melalui beberapa proses dan menjalani beberapa ujian teknikal sebelum ianya diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
Ujian termasuk la pencemaran air dan juga alam sekitar. Tidak ketinggalan ujian terhadap kadar radioaktif yang mungkin dikeluarkan dari kilang tersebut.
Sebagai pengetahuan, sisa yang dihasilkan oleh kilang ini akan diproses dan dikitar semula. Bahan - bahan sisanya ada ditangan anak - anak muda hari ni.
Nak tau bahan sisa tu diorang buat apa? Buat 'casing' laptop, Ipad, 'handphone' dan sebagainya. Itu semua hasil sisa dari bahan tersebut yang telah dikitar semula.
Namun, persepsi rakyat ialah mengenai kesan sampingan yang bakal dihadapi sekiranya ianya terbebas keluar.
Dalam minda rakyat, apa sahaja yang menghasilkan radioaktif akan mengakibatkan kanser. dan perkara ini yang dituba oleh Fuziah Salleh serta rakan - rakan dia ni.
Kalau nak dikaji kandungan bahan radioaktif yang dihasilkan dari kilang ni, lagi bahaya kandungan radioaktif yang terdapat dalam bitumen iaitu Tar.
Jadi secara tak lansung, kita memang dah terdedah kepada kesan radioaktif ini dalam kehidupan seharian sebenarnya. Sebab pencemaran itu memang wujud.
Dan tak hairan lah kalau kadar kematian dalam Malaysia sekarang ni, selain kemalangan Jalan Raya, banyak disebabkan oleh kanser.
Maka, tak payah la si Fuziah Salleh ni nak susah - susah menjadi punca kematian yang seterusnya kepada rakyat Malaysia.
Bukan apa, takut ada pulak yang mati gila nanti. Gila sebab pencemaran bunyi yang dibuat oleh si Fuziah Salleh ni. Sia - sia je kalau mati sebab dia. Ceh!!! Pigidah!!!
Ps: Ini baru bahagian satu. Bahagian dua akan menyusul lagi nanti. Tungguuuu...
jangan keturunan anda dah cacat baru nak percaya...menyesal xguna dah...bukit merah telah menjadi bukti...
BalasPadamAfter 20years bukit merah still tak clear tau...yes, kita memang dah terdedah kepada kesan radioaktif, but we are talking about 'lanthanide' sekarang ni...different coumpound with tar...kesan dari dua compound ni sangat berbeza..wahai en. semut hitam (yang takde suara nak menyalak), please do read and research more on this issue..before posting entry yang lack of fack and just tempek dari sokkhabar, blog or whatever source...
BalasPadam-orang kuantan yg tak malu menyalak-