Parlimen sudah mula bersidang kembali. Semalam Sidang Dewan Rakyat telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.
Antara lain, Yang DiPertuan Agong bertitah bahawa Seri Paduka memandang berat kecenderungan pihak tertentu dalam membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman.
Titah Seri Paduka lagi jelas menyatakan kepentingan sah kaum lain meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi mereka termaktub dalam Perlembangaan.
Ianya hendaklah tidak menjadi persoalan bagi mengelakkan perpecahan. Walaupun Islam merupakan Agama Rasmi Persekutuan, agama lain masih boleh diamalkan.
Ini membuktikan amalan kesederhanaan dan keterangkuman yang dianjurkan oleh Islam diamalkan dengan subur di Negara ini.
Tapi bagi pihak pembangkang, mereka masih berada dalam pertikaian sejak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim digantung daripada menghadiri sesi sidang dewan selama 6 bulan.
Mereka masih jugak pukul gendang mempersoalkan, kenapa Anwar digantung? Kononnya alasan yang diberikan tidak munasabah dan tidak diterima akal.
Anwar digantung setelah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Pilihan Parlimen kerana mendedahkan mengenai isu APCO.
Kononnya kata mereka, Anwar dituduh menyelewengkan fakta mengenai isu tersebut. Dia di'kena'kan ketika dia tiada dalam dewan.
Mana dia pergi? Kenapa dia tak de dalam dewan? Katanya dia ahli Parlimen biasa. Bukan ada jawatan Kabinet pun.
Kalau ada jawatan, boleh jugak terima akal sebab menguruskan pentadbiran diluar dewan. Jadi ke mana dia pergi? Kalau dah tak de kerja lain, kenapa dia tak de dalam dewan?
Mereka kata tuduhan yang dikenakan ialah tuduhan menyeleweng fakta. Kononnya tuduhan tersebut hanya boleh dikenakan kepada Menteri atau Timbalan Menteri sahaja.
Dah kalau menipu, tak menyeleweng ke namanya? Jadi orang yang bertanya tak boleh dikenakan tindakan kalau pertanyaan tersebut meragukan?
Setiap soalan kena jelas. Kalau dia nak buat dakwaan terhadap Kerajaan sekali pun, dia kena ada bukti yang kukuh serta jelas.
Kenapa dia tak jelaskan? Sebab dia tak de dalam dewan untuk menjelaskan bukti tersebut. Sekali lagi persoalan ke mana dia pergi? Kenapa tak duduk dalam dewan?
Kemudian kata mereka, Anwar diberi peluang untuk membuat penjelasan selama seminggu. Kenapa dia tak jelaskan juga?
Kenapa dia masih tak de dalam dewan sedangkan benda tu dah diketahui oleh rakan - rakan dari barisan pembangkang? Apa, kawan - kawan dia tak bagitau ke mengenai perkara tersebut?
Anwar kata mereka dijanjikan dengan peluang membela diri. Tapi dalam tempoh yang diberi, dia hanya tampil memberikan bukti berdasarkan sekeping surat dari APCO sahaja.
Surat tu pun tak jelas menyatakan hubung kait APCO dengan Gagasan 1Malaysia. Bukti yang dia bagi dah mencurigakan. Tapi dia masih tak buat penjelasan mengenainya. Kenapa?
Jadi jangan cakap la hukuman yang dikenakan kepada Si Ketua Penipu itu sebagai hukuman kepada rakyat. Nama dia pun wakil rakyat, tapi tak hadir ke sidang dewan kenapa?
Apa yang dia sibukkan sangat? Dia bukan ada jawatan dalam kabinet. Yang dia sibuknya kena pergi mahkamah je. Kalau sibuk sangat pun, dia pergi menipu rakyat.
Tugas dan tanggungjawab dia di dewan diabaikan begitu sahaja. Nak suruh bagi penjelasan pun malas. Dah kena gantung, baru padan muka. Itu pun diorang nak persoalkan lagi? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.