Ceh! Kalau bercerita, macam nak runtuh gunung ganang. Konon diorang kata hubungan diantara mereka ikhlas.
Konon diorang dakwa, ikatan dalam Pakatan Pembangkang ni anjal dan realistik. Ini realistik kepala tengkorak dia.
Dengar kata, rundingan antara PKR dan SNAP masih menemui jalan buntu mengenai perebutan kerusi DUN bagi Pilihanraya Negeri Sarawak.
Rundingan tersebut katanya menuju ke ambang kegagalan dengan SNAP menyatakan kekecewaan terhadap tawaran yang dibuat oleh PKR.
Ada ke patut. PKR yang selama ni tak pernah wujud di Sarawak hanya menawarkan empat kerusi sahaja untuk SNAP? Padahal SNAP dah lama bertapak di Negeri Kenyalang tu.
Dasar tak sedar diri betul la puak - puak PKR ni. Dah la datang bertandang ke Negeri orang, dia nak buat macam tempat dia pulak.
Dengar kata lagi, SNAP sebalinya mahu diperuntukkan paling kurang 27 kerusi untuk bertanding dalam Pilihanraya tersebut.
"SNAP enggan dipinggirkan dan bagi mempertegaskan keseriusan dan kemampuannya, ia telah mengisytiharkan secara terbuka 16 calonnya di 16 kawasan," katanya.
Paul Kadang berkata, PKR yang terkejut dengan tindakan tersebut, datang balik untuk 'menawarkan' empat kerusi, dan bukan lagi tiga kerusi.
Dalam tindak balasnya terhadap 'penghinaan' tersebut, tegasnya, SNAP mengumumkan 11 lagi calon untuk 11 lagi kerusi.
Hehehe...Padan muka PKR. Dari 16 yang diistiharkan oleh SNAP, ditambahnya 11 lagi. Dah jadi 27. itu baru Pilihanraya Negeri. Belum Pilihanraya Umum lagi.
Kalau Pilihanraya Umum, rasanya ada yang mati kena bunuh sebab berebut kerusi punya pasal. Semua sebab gila kuasa la katakan.
Tu la pasal. Diorang suka sangat nak main - main kan orang. Sekarang giliran diorang pulak yang kena main. Padan Muka Kau, Setan!!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.