Peribahasa Melayu, takde batang, akar pun jadilah memang kena dengan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Badut ni.
Hari ni, dia ambik tindakan terhadap ADUN Perlabuhan Klang atas dakwaan menghina Dewan Undangan Negeri katanya.
Khalid menuduh Badrul Hisham dan peguamnya, Mohd Hafarizam Harun membuat kesalahan melalui sepucuk surat yang dialamatkan kepada Speaker DUN Selangor.
Kata Khalid, surat itu mengandungi bahasa yang 'amat tidak senonoh, biadap dan mengugut' terhadap Teng Chang Khim.
Maka, atas alasan itu, Badrul dan peguamnya akan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SelCat).
Dalam surat daripada Hafarizam, Speaker diugut dengan prosiding bankrap jika tidak membayar kos perundangan sebanyak RM40,000 dalam tempoh tujuh hari menerima surat itu. - Laporan Malaysiakini.
Ala, Speaker pecah tu dapat surat saman pun dia nak kecoh ke? Ni mesti tak pernah tengok surat saman dari mana - mana peguam ni.
Memang la ayat dalam surat tu akan ditulis macam tu. Dah tentu peguam akan beri tempoh tertentu untuk orang tu ambil tindakan sewajarnya.
Kalau dia gagal, maka peguam tu akan ambik tindakan pulak terhadap dia. Ini ayat biasa dalam surat saman.
Agaknya, si Khalid Gagap ni dah tak de idea sangat dah kot. Dia beria - ia nak kerusi Perlabuhan Klang tu kosong supaya boleh diadakan Pilihanraya Kecil.
Tapi bila usaha jahat dia dan Speaker Pecah tu dah gagal, dia guna la SelCat pulak. Yang kelakarnya, SelCat ni hanya untuk ADUN je. Boleh ke peguam terlibat sama?
Mungkin boleh la kot. Peraturan dia yang buat. Jadi ikut suka dia la nak pinda macam mana pun ye tak? Dasar hati busuk, macam tu la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.