Jumaat, April 01, 2011

...Muka Musibat, Penipu Rakyat!!!...

Wah!!! Hari tu bukan main sedap je diorang balun UMNO kata tak de kebebasan dikalangan ahli kononnya ye?

Diorang kata UMNO menyekat kebebasan Ahlinya seperti Zaid Ibrahim dari menghadiri majlis anjuran mereka. 

Konon mereka nak buat dakwaan bahawa UMNO menyekat hak kebebasan manusia untuk memilih secara keseluruhan.

Tapi, nampak gayanya, keadaan dah jadi terbalik pulak sekarang ni. Diorang pulak buat benda yang sama terhadap ahli mereka sendiri.

Dengar kata PKR Pulau Pinang telah menggantung keahlian bekas Ketua Cabang Bayan Baru, M.Nyana Segaran kerana didakwa merancang untuk meninggalkan parti itu esok.

Kata Setiausaha PKR Negeri, Maktar Shapee dalam sidang medianya, Nyana merancang akan umum keluar parti dalam satu acara kebudayaan di Pulau Pinang esok.

Kata dia lagi, majlis tersebut juga akan turut dihadiri oleh pemimpin - pemimpin BN termasuk Perdana Menteri sendiri.
"Keahliannya digantung serta-merta, sehingga keputusan muktamad dibuat oleh parti," kata Maktar, yang juga ADUN Sungai Bakap.
Tengok. Belum pun Nyana tu ambik tindakan, dah ada hukuman. Baru merancang nak keluar parti, dah kena gantung.

Mana hak kebebasan ahlinya yang kononnya menjadi dasar perjuangan dan menjadi akar kepada Keadilan?

Ini yang diorang kata adil? Adil kepala tengkorak dia! Dah jelas diorang hanya retorik dalam perjuangan dan menipu rakyat semata - mata. Ingat rakyat ni bodoh ke? Ceit!!! Pigidah!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping