Inilah nasib orang yang terbuang. Terpaksa la sebat je apa yang ada. Itu pun nasib baik ada, kalau tak de lansung, lagi naya.
Tapi Semut 'respect' jugak la dengan si Dominique Ng ni sebab dia masih berpegang teguh pada prinsip dia sendiri.
Walaupun dia dah dibuang oleh Anwar atas sebab yang tak munasabah, dia tetap jugak nak bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ni.
Sebelum ini, Dominique telah digugurkan dari senarai calon PKR walaupun dia masih menyandang jawatan sebagai ADUN Padungan.
Kerusi Padungan diberikan kepada DAP atas sebab penyandangnya merupakan 'duri dalam daging' dan perlu dibuang segera.
Ekoran dari tindakan tersebut, Dominiqeu telah mengambil tindakan keluar dari parti tersebut dan menyatakan akan bertanding bebas.
Kata Dominique, hubungan Pakatan Pembangkang di Sarawak sudah hancur kerana mereka jelas mensia - siakan peluang untuk menumbangkan Kerajaan BN di Negeri ini.
Sebelum ini, ada juga dengar cerita kata Anwar marah pada Dominique sebab gagal menguruskan sesi ceramahnya di DUN Padungan sehingga diganggu oleh pihak Polis.
Akibat dimalukan dihadapan beberapa orang pengikut PKR yang tak sampai 10 orang tu, Anwar bertindak mengugurkan nama Dominique dari senarai calon PKR.
Dalam laporan berita serta portal hari ini, tidak ada satu pun yang menyiarkan mengenai cerita Dominique ni.
Semut berkesempatan bertemu dengan dia ditepi jalan petang tadi. Nampak gayanya, dia tetap kekal bertanding di DUN Padungan.
Parti yang diwakilinya pula menggunakan simbol bunga raya. Apa la nasib, jadi Mat Bunga la si Dominique ni akhirnya.
Inilah dia bukti 'Keikhlasan', 'Keanjalan', 'Kesefahaman' dan 'Perpaduan' yang digembar - gemburkan dalam Pakatan Pembangkang sebenarnya. Hanya mainan 'wayang' mereka je.
Semuanya menipu belaka, sampaikan yang terbuang lansung tak dipedulikan dan dilupakan terus. Macam ni ke diorang nak jadi pemerintah? Ceit!!! Pigidah!!!
kesiannn...
BalasPadamhttp://whizzekid.wordpress.com/2011/04/06/dominique-dengan-parti-bunga-raya/#comment-12
BalasPadam