Tau pulak diorang takut ye?. Sapa suruh diorang datang buat hal kat tempat orang ni? Kan dah kena main sorok - sorok celah pokok.
Konon nak tunjuk berani, dia balun depan - depan. Ingat orang takut dan akan terpedaya dengan penipuan diorang tu agaknya. Silap besar la diorang cari pasal dengan SNAP ni.
Hari ni, SNAP dengan lantang menuduh PKR sengaja nak menghancurkan perpaduan kaum Dayak di Sarawak.
Tuduhan itu dibuat oleh Presiden SNAP selapas PKR meletakkan calon mereka untuk menentang SNAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April ini.
Edwin Dundang kata, parti kaum Iban itu tidak akan tunduk kepada PKR kerana sebelum ini mereka sudah terlalu banyak bertolak ansur.
SNAP, kata beliau, telah memberikan laluan kepada PKR untuk bertanding tiga kerusi DUN di Ba'kelalan, Batang Ai dan Tamin.
Beliau juga turut menyatakan bahawa tindakan PKR meletak calon bagi kerusi lain jelas sengaja mencabar perpaduan Dayak dan menibaratkan PKR ini sebagai pengacau.
Beliau terima kejutan tersebut apabila PKR mungkir janji. Katanya PKR hanya akan bertanding di 49 kerusi sahaja dan menyerahkan Marudi dan Pakan kepada SNAP.
Malangnya, kedua - dua kerusi ini menyaksikan pertembungan SNAP dengan PKR sendiri. Malah tempat dia sendiri pun PKR letak jugak calon mereka. Mana dia tak naik angin.
Inilah dia sifat sebenar PKR. Mujur la SNAP tahu keburukan sikap PKR ni awal - awal supaya mereka sedar bahawa PKT ni hanya sebuah parti yang penipu rakyat semata - mata.
Bukan rakyat je yang dia tipu. Habis semua orang ditipunya termasuklah rakan - rakan dalam Pakatan Pembangkang itu sendiri. Tak terkecuali ahli - ahli mereka.
Parti yang jelas kuat menipu ini perlu ditolak oleh rakyat Sarawak khususnya dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Takkan kita nak biarkan penipu macam ni memerintah Negara kot? Nanti takut menyesal tak sudah je. Menangis air mata darah pun tak berguna weh!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.