Jumaat, April 01, 2011


Isk!!! Rajin la pulak kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara ni ye. Walaupun tak de kira waktu lebih masa atau 'overtime' pun diorang masih nak bekerja?

Kalau Semut, tidak la. Baik la kerja ikut masa yang ditetapkan, dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. Itu pun dah cukup penat.

Tapi kakitangan JPN ni lain pulak kata Din Pudu. Dia buat dakwaan bahawa ada kakitangan JPN yang buat kerja diluar waktu pejabat.

Kerja tu pulak, kata dia, dibuat diluar kawasan pejabat. Dia buat dakwaan tu berdasarkan laporan Polis yang dibuat di Salak Tinggi.

Si Din Pudu ni kononnya bimbang berlaku penyelewengan lebih - lebih lagi keadaan Negara dalam fasa menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

Oh! Dia bukan bimbang pasal kakitangan JPN tu tak dibayar gaji tambahan, sebab sanggup meluang masa buat kerja diluar waktu pejabat.
Rupanya dia bimbang pasal Pilihanraya. Ish! Takut betul puak - puak pembangkang ni dengan Pilihanraya ni ye. 

Tapi dia ni takut tak kena tempat pulak tu. Ala, dia ni bukan takut apa, takut hilang kerusi dan jawatan je sebenarnya.

Nampak sangat la si Din Pudu ni tak pernah nak mendalami masalah rakyat diperingkat akar umbi sebenarnya. Dia hanya sedap duduk dikerusi empuk dalam dewan Parlimen tu je.

Lepas tu baca laporan Polis dan buat dakwaan yang bukan - bukan. Cuba dia turun padang, tanya kenapa perlu JPN bukak kaunter seperti itu diluar waktu pejabat.

Itulah yang dikatakan Rakyat Didahulukan. Mungkin dalam ramai - ramai manusia dalam kawasan tersebut mengadu kata tidak sempat nak ke Pejabat JPN untuk urusan tertentu.

Sebagai contoh, daftar nama anak, ganti MyKad baru, buat kad perkahwinan, lapor kematian dan sebagainya.

Al maklum la. JPN bukak waktu kerja. Kalau dah yang nak buat semua benda tu pun kerja, bila masa dia nak selesaikan semua urusan tu?

Sepatutnya, Din Pudu ni kena ucap terima kasih kepada kakitangan JPN tu sebab sanggup meluangkan waktu membantu rakyat meringankan beban mereka.

Tak payah la diorang susah - susah nak ambik cuti, ponteng kerja dan sebagainya untuk selesaikan urusan tersebut. JPN sendiri datang kepada mereka untuk membantu. 

Itu pun si Din Pudu ni tak boleh fikir ke? Nampak sangat la hati dia hitam dan tak boleh lansung berfikiran positif terhadap sesuatu perkara. Asyik nak politik je 24 jam. Cuba la rasional sikit. Jangan main hentam ikut suka je brader!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping