Jumaat, April 01, 2011


Memang betul la DAP dengan PKR ni kuat menipu rakyat. Semuanya semata - mata nak menutup kelemahan masing - masing.

Kalau dah ikatan dalam Pakatan tu lemah, mengaku aje la. Yang diorang buat susah - susah nak menipu rakyat ni kenapa?

Ingat rakyat ni bodoh sangat ke sampai tak nampak kepincangan yang berlaku dikalangan mereka? Nak pulak di Sarawak ni.

Hari tu, DAP Sarawak dah mengakui ada berlaku pertikaian dengan PKR. dinegeri tersebut Mereka masing - masing berebut kerusi untuk bertanding.

Datang Lim Guan Eng kata semuanya dah diselesaikan. Siap bagi amaran lagi , suruh DAP Sarawak jangan cerita dengan media mengenai  kemelut yang sedang melanda mereka.

Kat situ je dah nampak sangat menipunya. Katanya dasar perjuangan diorang ialah mengutamakan hak kebebasan bersuara. 

Tapi bila ada pihak dikalangan mereka sendiri mengakui wujud pertikaian, kenapa dia suruh diamkan saja? Dimana hak kebebasan bersuaranya?

Lepas tu, datang pulak Ketua Penipu Rakyat tu kata semuanya dah diselesaikan. Pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Pembangkang tu dah dikenal pasti.

Tapi masih jugak bertekak dengan SNAP mengenai perebutan kerusi. Dah kantoi menipu lagi. DAP pulak katanya takkan berubah pendirian.

Kerusi yang diperuntukkan kepada mereka dah tak boleh dirunding lagi kononnya. Nampak sangat la DAP ni tamak dan kedekut nak mampus.

Ini datang pulak cerita baru. Kononnya ada pertukaran pulak dibuat diantara DAP dan jugak PKR dalam pembahagian kerusi ni.

Dalam satu sidang media di Kuching semalam, kepimpinan PKR Sarawak kata, parti itu akan menyerahkan kerusi Padungan kepada DAP.

Manakala DAP pula akan menyerahkan kerusi Batu Lintang kepada PKR bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak yang bakal bermula minggu depan.

Dengan adanya pertukaran itu, maka dengar kata Dominique Ng dan Voon Li Shan mungkin tidak ada lagi kerusi untuk bertanding.

Kononnya, mereka kata, kedua - dua individu itu dianggap 'duri dalam daging' dalam parti masing - masing.

Ala, macam la orang tak tau. Sebenarnya ini semua arahan dari Ketua Penipu tu sendiri. Dia sebenarnya tak puas hati dengan dua - dua orang tu.

Bukan apa. Sebab dua - dua orang tu tak buat kerja sehingga memalukan Anwar ketika hendak membuat ceramah tempoh hari.

Semuanya sebab isu permit dan larangan pihak berkuasa membenarkan Anwar berceramah di kedua - dua kawasan tersebut. 

Aib Anwar yang datang ke kawasan tersebut bertambah teruk apabila tak de sambutan pun dikalangan masyarakat tempatan untuk mendengar penipuan dia.

Jadi, sebab itu la kedua - dua individu itu di'cop' sebagai duri dalam daging. Semua sebab Anwar dah songeh. Padan muka kau Setan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping