Rabu, April 20, 2011

"...Eeee!!! Pening Kepala Aku!!!..."

Hehehe...tengok gelagat Si Minah 'Reaktor' ni. Dia dah sah kantoi sebab di'bom' oleh MB Pahang sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Walaupun dia tak hadir ke sidang Dewan tu, tapi kesan terhadap ledakan Bom yang digugurkan oleh MB Pahang tu tetap dapat dirasai oleh Minah 'Reaktor' ni.

Semalam, MB Pahang dah maklumkan didalam Sidang Dewan Undangan Negeri bahawa projek Lynas di Gebeng ni bukan projek Kerajaan Negeri.

Ianya sebuah projek persendirian yang diusahakan oleh Lynas dan disokong oleh MITI. Kerajaan Negeri hanya bertindak memantau projek itu sahaja melalui Jabatan Alam Sekitar.

Lesen bagi kilang tersebut untuk beroperasi akan dikeluarkan oleh Agensi ATOM Malaysia AELB mengikut peringkat dalam pembinaannya.

Laporan yang Semut terima setakat ni, kilang tersebut sudah hampir 80% siap sebelum ianya ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Kuantan tu.

Dah 80% siap, baru Si Fuziah 'Reaktor' ni nak buat bantahan? Menda jadahnya? Kenapa dia tak buat bantahan awal - awal dulu?

Kata pihak AELB, sebelum kilang tersebut diberi lesen sepenuhnya untuk beroperasi, mereka akan menjalankan 'Try-Run' untuk memastikan sisa bahan mentah berada ditahap yang selamat.


Sisa bahan mentah tu mengandungi Gypsum Sintetik (FGD), Gypsum yang kaya dengan Magnesium (NUF) dan Fosfogypsum Besi (WLP).


Bahan sisa FGD dan NUF BUKAN bahan radioaktif dan proses untuk menjadikan ianya sebagai bahan komersil adalah pada peringkat akhir.


Manakala bahan sisa WLP yang juga dikenali sebagai Thorium ini adalah sebanyak 0.165% sahaja. Jika 


'Try-Run' yang dijalankan melebihi paras tersebut, Lynas tidak akan diberi lesen bagi memproses bahan tersebut oleh pihak AELB.


Itu jaminan AELB sendiri. Pihak yang memberikan lesen kepada Lynas seperti yang telah dinyatakan oleh YAB Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang semalam.

Tapi Si Fuziah Salleh ni tetap tak puas hati dengan jawapan yang dijelaskan oleh MB Pahang tu dan ianya berjaya membuatkan dia pening kepala.

Mungkin dia dah terkena banyak sangat 'radiasi' dari Anwar Ibrahim sebelum ni kot, sampai dah tak boleh nak berfikir, apa lagi alasan dan kaedah untuk menipu rakyat di Kuantan ni.


Sudah - sudah la menipu rakyat ni. Rakyat bukan bodoh macam yang dia sangka. Jangan suka - suka hati dia je buat kerja haramjadah tu. Ke dia memang tak de kerja lain???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping