"...Yes! Aku Tak Kantoi. Biar Orang Lain Yang Kena!!!..."
Ini yang diorang kata KEADILAN kononnya? Hak tuih! Memang dasar penipu. Cakap tak serupa bikin.
Habis semua rakyat dikencing dek diorang ni. Memang dasar kaki pembelit, penipu dan seangkatan dengannya. Dah la bercakap pun tergagap -gagap. Pun ada hati nak menipu rakyat.
Hari ini, Bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Saifulruddin Sulaiman dikenakan 3 tuduhan rasuah membabitkan wang sebanyak RM45,000.00.
Beliau yang diwakili peguam Sawmellah Nawzumeah bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin dan kesnya akan didengar Julai ini.
Saifulruddin dipecat daripada jawatannya Februari lalu selepas laporan audit menunjukkan Yayasan Selangor mengalami kerugian hampir RM 7.41juta sehingga November lalu.
Kononnya kerugian itu adalah diakibatkan ketidak telusan dalam pentadbiran dan ianya tidak munasabah.
Yang peliknya, kenapa hanya Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor sorang je yang kena? Kenapa Pengurus Besarnya sendiri tak disabitkan dengan kesalahan yang sama?
Siapa dia Pengurus Besar Yayasan Selangor? Sepatutnya tanggungjawab untuk memeriksa semula perbelanjaan Yayasan perlu disemak semula oleh Pengurus Besar.
Perbelanjaan sebegitu punya besar, takkan la tak dibentangkan dalam Mesyuarat terlebih dahulu sebelum ianya diluluskan?
Takkan benda semudah itu pun si Khalid Gagap ni tak tau? Tapi kalau bercerita dengan orang masa di Kerdau hari tu, semua benda dia buat.
Dia je yang luluskan itu dan ini. Sebelum sebarang keputusan dibuat, dia dulu yang semak. Kemudian baru boleh diluluskan.
Yang ni dah sah - sah kantoi. Kenapa dia tak dikenakan tindakan?Patutnya dia la yang perlu dipertanggungjawabkan, bukan orang lain!!!
patutnya si khalid ni dapat gak sahamn sebab perutnya juga boleh dikatakan buncit..huhu..
BalasPadamantijumud