Selasa, April 05, 2011


Ini satu persoalan yang Semut selalu tertanya - tanya bila sebut pasal hukum Qazaf ni. Kalau tak ada 4 orang saksi, macam mana?

Soalan tu bukan hanya merujuk kepada kes Si Al - Juburit ni sahaja. Tapi ianya diajukan secara keseluruhan. 

Sebab dalam Malaysia ni, bukan kes Anwar ni je yang ada. Banyak lagi kes yang seumpama ni yang berlaku sebenarnya. Cuma ianya tak disensasikan macam cerita Anwar ni.

Semalam AMK buat laporan memfailkan hukuman Qazaf terhadap Trio Datuk T sebab menuduh si Ketua Penipu tu melakukan zina.

Hari ni keluar kenyataan daripada Pengerusi Ulama Malaysia kata Trio Datuk T tu berkemungkinan akan terima 80 kali sebatan.

Hukuman tu, kata Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, boleh dikenakan kepada tiga orang individu yang mendedahkan video tersebut kerana cuba menabur fitnah.

Individu berkenaan perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian tersebut.

Kata dia, sekiranya gagal, individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu.

Soalan Semut, bagaimana pula jika tak ada empat orang saksi tu sedangkan si pelaku memang melakukan zina?

Katakan lah ada dua orang sahaja yang menyaksikan kejadian tersebut, adakah ianya boleh diambil kira? Kalau satu, macam mana pulak?

Boleh ke pihak kedua, sebagai contoh 'pelacur' atau mangsa kejadian tu jadi saksi? Katakan la kes rogol di sebuah lorong gelap dimana memang tak de orang nampak. Macam mana?

Adakah si Pelaku itu akan tetap dilepaskan walaupun dia memang melakukan perbuatan tersebut? 

Dan orang yang membuat tuduhan akan mendapat sebatan kerana kekurangan bukti. Bagaimana pula mangsa kejadian jika keadaan itu berlaku?

Semut bukan nak mempertikaikan hukum dalam Agama. Cuma mengutarakan persoalan sahaja. Terpulang la kepada sesiapa yang boleh menjawabnya. 


Sediakan link jika ada mengenai hukum qazaf ini agar semua orang faham. Semut ada buku penjelasan hukum ni. Akan Semut jelaskan kemudian tiba waktunya nanti.

7 ulasan:

  1. Aku jugak tak suka komen.

    Tapi aku berdoa agar Allah segerakan hapus fitnah kaum fasikin dan zalimin sekarang ini:

    "Ya Allah, Tuhan Yang Maha Melihat dan Yang Maha Mengetahui atas segala-galanya,aku insan yang lemah tak ketahui yang mana benar dan yang mana penzalim antara keduanya. Engkau laknatkanlah kepada semua pendosa atau pelaku yang terbabit dalam fitnah zina/liwat ini."

    "Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau yang membalik-balikkan hati kami. Jauhilah kami yang beriman dari bersubahat dengan para pendosa dan janganlah biarkan hati kami cenderung kepada memilih/menyokong pempimpin-pemimpin yang fasik lagi derhaka kepada Mu."

    "Ya Allah, Engkau Raja kepada segala raja, Engkau yang berkuasa keatas segala kerajaan, Engkau yang memiliki segala khazanah bumi dan langit, Engkau yang telah hina dan lenyapkan segala kerajaan Mustakbirin Namrud dan Firaun laknatulLah. Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar! Engkau hancurkanlah golongan yang menjadi musuh kami yang beriman serta musuh syariat dan agama Engkau Ya Allah!"

    "Ya Allah, jadikan kami golongan yang Engkau redhai dan jadikan kami bersama golongan yang berjuang atas jalanMu. Janganlah Engkau serahkan kami dibawah kekuasaan golongan Mujrimin dan Zalimin."

    Amin! Amin! Amin! Ya Allah Ya Rabbil alami.

    BalasPadam
  2. hang ni memang jahilll la...bawak2 la mengaji

    BalasPadam
  3. Bende ni dah lama jadi pertikaian. Ia akan timbul bila berlaku kes-kes sensitif macam ni. Alasan yang diutamakan ialah Islam tidak membenarkan mengaibkan sesiapa dan bab zina ini dipegang dengan ayat quran yang tidak boleh dinapikan samasekali oleh para ulamak iaitu tentang menghadirkan 4 saksi adil yang melihat secara jelas perlakuan itu.(bendatu ler).

    Banyak orang memikirkan betapa para ulamak mentafsirkan ayat itu secara langsung sehingga terlupa keadilan yang ada pada Islam.Ia sama seperti hukum dibolehkan sembahyang jamak-kasar bila bermusafir tak bertujuaan maksiat. Marhalah yang zaman kini diibaratkan dekat/selesa/aman tetap begitu dengan alasan itulah kemudahan yang Allah beri dan bukan manusia(jalan ok, mesjid disepanjang perjalanan dsb bukan alasan).Seperti kelonggaran sembahyang tadi sememangnya boleh diterima mengikut zaman dan sesuai bagi logistik peperangan, dakwah, dan masa yang semakin menyempit ini.Kebaikannya jelas berterusan.

    Namun bagi masalah menuntut keadilan serta keadilan qazaf dalam bab mengaibkan ini sememangnya perlu ada penyelesaian oleh para ulamak. Apakh pengetahuan dan kemajuan yang kita ada sekarang tidak memberi apa-apa makna kepada penuduh dan sikenatuduh?

    Apakah melihat dengan teropong atau kaca mata boleh menjadi lucuan.Apakah orang buta tak boleh dipakai telinganya dsb dalam penyaksian berlaku peristiwa itu.Dengan begitu banyak bukti( lebih dari 4) atau 4 saksi mengesahkan bukti2 itu, pun di sangsikan lagi peristiwa itu terjadi?

    Mengelakkan memfitnah sangat besar keperluanya pada para ulamak manapun dan berbondong2 mereka itu secara bersatu hati kerana Allah semata supaya fitnah2 tidak merosakkan masyarakat setempat.
    Itu pendapt aku lah
    1. +4 Orang Islam, saksi adil(ilmu pengamalanya masing2) diperlukan untuk mengamati semua bukti dikemukakan.
    2. Disegerakan(keutamaan)kerana ia perkara yang mengaibkan.
    wallahualam.

    BalasPadam
  4. terima kasih kepada tanpa nama kerana doa anda yang penuh semangat. tetapi tahukah anda ada seorangt insan kerdil yang setiap malam berdoa ke hadrat ilahi agar diberikan keadilan kepada dirinya yang teraniaya. dia tidak punya sesiapa, tiada ulamak dibelakangnya, tiada gerombolan pengikut mengiringinya. dia mencari kekuatan dan kebenaran. dia tidak menghimpun seribu orang di nana saja untuk sama-sama mengaminkan doanya. insan itu akan terus berdoa dan berdoa, doanya tidak akan putus. tidak seperti peminpin tadi dan puaknya akan berdoa sekejap sekejap sahaja. manakah doa yang tuhan akan makbulkan. doa insan yang teraniaya atau doa mereka yang menganiaya. ya, saiful akan terus berdoa dan berdoa. dan kita akan tengok doa siapa yang lebih berkat.

    BalasPadam
  5. apa yang payah sangat ni. saya cadangkan anwar dan penyokongnya dari kumpulan pas dan ulama buat majlis bacaan yasin selama 40 malam dengan jemaah seramai 40 orang pada setiap malam dan lepas tu minta doa agar tuhan tunjukan kebenaran dan melaknat serta menghukum pelakon dalam klip vidio tu yang menyamar sebagai anwar agar pelakon tu jadi gila atau kena penyakit yang tiada ubatnya kerana dosa fitnahnya kerana sanggup berlakun sebagai anwar insan yang murni itu sehingga menjatuhkan maruahnya menjadi sebagai pelakon prono. yakinlan amalan ini telah dibuat olih bangsa melayu semenjak lama dulu dan akhirnya mereka yang bersalah dihukum olih allah sendiri dengan menjadi gila dan saebagainya.

    BalasPadam
  6. Hukum Allah......jangan dipersendakan....

    BalasPadam
  7. SERONOK FITNAH ORANG NIH.TAPI KALAU DIRI SENDIRI KENA FITNAH MACAMANA.AGAMA JANGAN KITA BUAT MAIN MAIN.AGAMA ISLAM YANG BENAR INI MILIK ALLAH SWT.SEGALA HUKUM ADALAH MILIK NYA.TAK PERLU DIPERSOALKAN LAGI KEADILANNYA.BUKAN PERSOALAN ADIL
    SEMATA TETAPI PERSOLAN TAAT KEPADA YANG MAHA MENGETAHUI LEBIH PENTING.KITA BERADA DIAKHIR ZAMAN .ZAMAN YANG MANA FITNAH BERLELUASA.INI TELAH DIJELAS DALAM HADIS NABI SAW.SEBAB TU JAUHKANLAH DIRI DARI DIFITNAH,MEMFITNAH DAN BERSUBAHAT DENGAN FITNAH.TERAMAT BURUK PADAHNYA.NEGARA BOPLEH JADI BINASA.KEMURKAAAN ALLAH HAMPIR SEBENARNYA.TSUNAMI..GEMPABUMI DIMANA MAMA..JANGAN KERANA KEBODOHAN KITA KERANA HAWA NAFSU POLITIK,WANG DAN KUASA MENYEBABKAN KEMURKAAAN ALLAH.ALLAH MAHA MELIHAT,MAHA MENDENGAR MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping