Khamis, April 21, 2011


Tahniah diucapkan kepada Si Fuziah 'Reaktor' ni sebab berjaya menutup periuk nasi pekerja - pekerja kilang di kawasan perindustrian Gebeng.

Disebabkan dia dan Gerakan Anti Lynas la, pekerja - pekerja kilang dikawasan tersebut kena cari makan ditempat lain.

Malah semua 28,000 orang penduduk dikawasan DUN Berserah juga turut terpaksa berpindah akibat 'kebocoran Reaktor' Fuziah sejak akhir - akhir ini.

Macam mana diorang semua tak pindah kalau dah Si Fuziah 'Reaktor' ni sibuk canang sana sini kata kawasan Gebeng ni merbahaya akibat radiasi dari kilang yang masih belum siap dibina.

Dia konon nak tunjuk hero la kat penduduk kawasan Gebeng ni dan rakan - rakan lain dalam PKR supaya diorang tak boleh kata dia tak buat kerja.

Dengan ancaman yang dia canang sana sini, secara tak lansung turut memberi kesan kepada kilang - kilang lain yang memang dah sedia ada di kawasan perindustrian tersebut.

Apa, kilang - kilang lain yang ada tu tak merbahaya ke? Takkan kilang Lynas ni sahaja yang dia nampak ancamannya? Boleh tak dia jamin yang kilang - kilang lain tu tak merbahaya???

Kenapa secara tiba - tiba sahaja Si Fuziah ni sibuk dengan Lynas? Dia kata kononnya dia dah mula kempen sejak tahun 2008. 

Tapi tak dapat sambutan sehingga berlakunya insiden di Fukushima, Jepun apabila kilang REAKTOR NUKLEAR dikawasan tersebut mengalami kebocoran akibat Tsunami.

INGAT! Fuziah sebelum ni dengan jelas menyebut REAKTOR NUKLEAR! Dia tak sebut pun kilang memproses logam nadir.

Sebab dia sebut REAKTOR NUKLEAR la, orang mula jadi panik tak tentu arah. Tapi sekarang dia dah ubah pendirian. Dia kata itu bukan reaktor, tapi ancamannya tetap sama.

Dah jelas Si Fuziah 'Reaktor' ni kantoi menipu rakyat di Gebeng dan kawasan berserah secara keseluruhannya. Hari ni dia dah tak de modal nak tipu rakyat. 

Jadi dia ubah lagi kenyataan dengan menyalahkan pemberian lesen Premis oleh MPK semata - mat untuk memburuk - burukkan Kerajaan Negeri Pahang.

Macam mana MPK nak bagi lesen Premis sedangkan bangunan tu masih belum siap dibina? Itu persoalannya sekarang.

Sudah - sudah la menipu rakyat ni. Dah nampak sangat yang Si Fuziah ni bukan nak memperjuangkan keselamatan rakyat. Ianya hanya untuk kepentingan Politik dia sahaja semata - mata.

Sekarang kita cabar pulak Si Fuziah Reaktor ni. Berani tak dia bagi jaminan bahawa Kilang Lynas ni merbahaya kepada penduduk di Gebeng? Dari mana sumber dia dapat? Pakar mana yang dia dah jumpa? Adakah boleh kita percaya pakar tersebut?

Macam dia cakap pasal MB Pahang hari tu tak layak nak bagi jaminan mengenai isu Lynas ni sebab MB Pahang bukan pakar dalam bidang tersebut. Habis, dia nak jamin kata Lynas tu merbahaya, dia PAKAR sangat ke dalam bidang ni?

Dah datang tempat orang, nak buat huru hara dan memporak perandakan keadaan. Lepas tu dia cabut lari. Inilah perangai puak - puak dalam PKR ni sebenarnya. Bukan orang tak tau. Dia ingat rakyat ni bodoh sangat macam dia agaknya. Ciet!!! Pigidah!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. muka macam sial mak lampirrrr

    BalasPadam
  2. u ada lulusan chemical ke? apa yg u tau pasal lynas. maaflah sy bekerja d gebeng & sy tahu beza chemical mana yg d tahap selamat. lynas patut tutup. kat mane u dgr semua kilang kat gebeng nak tutup? kami yg kerja kat sini x dgr ape2 berita pun...ke u x paham istilah shutdown kat area sini. jgn ikut suka hati buat cerita ok! fyi, lynas mmg x bw radiasi mcm nuklear tu, tp radiasi yg dia bw tu ibarat mcm rokok. x nampak dlm jgka masa pendek tp lepas dua minggu, tahulah akibatnya...sy bukan penyokong pkr, tp kalau org yg mempolitikkan cerita yg melibatkan kesihatan org awam ni, sy cukup benci! gebeng tak perlukan lynas!

    BalasPadam
  3. saya salah sorang keje di lynas.lynas dpt kelulusan utk construction sahaja...operation belum lg.mmg rare eath di australia x bahaya..tetapi proses utk mendapatkan hasil dan waste itulah bahaya dan menjadi persoalan..

    BalasPadam
  4. rakyat malaysia dimomok kan dengan cerita dongeng mak lampir untuk kelangsungan hidup karier politik dia je... sy terlibat secara langsung dalam projek ini.. so far apa yg saya observe, lebih kurang sama je dengan site construction yg lain kat malaysia ni...kalau kita buat construction yg berkaitan nuklear, project technical requirement sgt stringent untuk memenuhi piawaian antarabangsa. kesian kepada mereka yg jd pak angguk je.... Wallahualam...

    BalasPadam
  5. Projek Lynas dengan loji tenaga nuklear ada kaitan? Cuma lokasi loji tenaga nuklear belum diketahui. Menurut Prof Dr Ismail Bahri dari UKM, loji tenaga nuklear akan menerima bekalan bahan nuklear dari pembekal. Sisa nuklear akan dipulangkan kepada pembekal, menurut beliau lagi.

    Isu utama di sini ialah adakah loji tenaga nuklear itu akan dibina tidak jauh dari kilang Lynas untuk mengurangkan kos logistik dan sekuriti? Jika ya, salah satu kemungkinan loji nuklear dibina adalah di Dungun, Kijal, Kemaman, Tanjung Agas, Nenasi, Rompin atau di Gebeng sendiri. Selain itu, loji nuklear mesti berhampiran dengan grid nasional untuk menjimatkan kos pengagihan kuasa.

    Isu kedua adalah loji tenaga nuklear akan menerima bekalan bahan nuklear dari pembekal dan sisa nuklear akan dipulangkan kepada pembekal seperti yang dikatakan oleh Profesor Dr Ismail Bahri. Ini bermakna kilang Lynas bukan sahaja akan menyimpan bahan radioaktif yang dihasilkan olehnya sendiri, tetapi juga bahan sampingan dari proses-proses di kilang Lynas serta sisa nuklear dari loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi.

    Satu perkara yang menarik ialah kilang Lynas dikatakan mempunyai kebenaran untuk menyimpan bahan radioaktif untuk selama-lamanya (selagi ada bulan dan matahari?)

    Justeru, masyarakat Malaysia, dan khususnya penduduk Pantai Timur berdepan dengan sekurang-kurangnya 5 bahaya dan bukannya hanya 1 bahaya seperti yang dijangkakan.

    Bahaya-bahaya itu ialah

    1. hasilan radioaktif dari kilang Lynas
    2. hasil sampingan dari proses-proses di kilang Lynas
    3. sisa nuklear dari loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi
    4. operasi kilang Lynas
    5. operasi logi tenaga nuklear

    Inilah pakej 5 dalam 1 yang akan dinikmati oleh masyarakat Malaysia, dan khususnya penduduk Pantai Timur.

    Adakah sisa nuklear dari loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi dimasukkan dalam tong dan dibuang ke dalam laut di Gebeng, Teluk Cempedak atau Pulau Tioman? Atau ia ditanam di sebelah kilang Lynas?

    Sisa nuklear 10 tahun berapa banyak? 20 tahun?

    Fakta-fakta yang kita perlu tahu tentang projek Lynas dan loji tenaga nuklear

    1. Half life Thorium ialah 14.05 billion tahun?

    2. Kilang Lynas mengeluarkan waste water sebanyak 3 kolam renang bersaiz olimpik setiap hari? Adakah waste water ini akan disalurkan ke Sungai Kuantan? ke Pantai Teluk Cempedak? ke Sungai Pahang?

    3. Adakah pekerja Lynas tidak akan membawa debu radioaktif pada pakaian mereka ketika balik kerja?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping