Keadaan disekitar kawasan mengundi di Dewan Jepang, Satok sepanas cuaca tengahari Sabtu ini. Suasana panas akibat perselisihan faham diantara petugas parti yang bertanding membuat provokasi. Terutama dikalangan puak Pembangkang.
Mereka sengaja mahu mewujudkan perbalahan apabila mempertikaikan bantuan yang dihulurkan oleh seorang individu yang tidak memakai sebarang lambang terhadap warga emas.
Keadaan bertambah hangat apabila petugas pembangkang itu sendiri tidak ada tag yang dibenarkan oleh Pihak SPR untuk melintasi garisan kuning.
Petugas - petugas pihak Pembangkang itu bertindak biadap terhadap YB Datuk Fadhillah. Tindakan tersebut turut membangkit kemarahan dikalangan penyokong BN yang berada disitu.
Terdengar suara - suara sumbang yang menghalau petugas - petugas luar dari PKR agar pulang saja ke tempat masing - masing.
Dah la datang ke tempat orang, nak buat macam tempat sendiri pulak. Perangai kalau semenggah tak pe la jugak. Berlagak macam samseng. Biadap punya manusia.
Inilah yang diajar oleh PKR kepada ahli - ahlinya agar melupakan adap dan tatatertib yang menjadi amalan dikalangan rakyat Sarawak. Parti macam ni yang nak dipilih menjadi peneraju Negara? Ciet!!! Pigidah!!!
Ps: Ikuti laporan selanjutnya mengenai Sam Ketot sebentar lagi di blog Semut Hitam, Empayar Pemuda dan Satu Peluru.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.