Tadi Semut dah siarkan satu artikel mengenai dakwaan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu terhadap Datuk Seri Najib.
Konon kata dia, Datuk Seri Najib ni tak de senjata yang mampu untuk melawan dia sampai terpaksa menggunakan 'pornografi' untuk menjatuhkan kredibilitinya.
Kalau ikutkan, dia yang tak de senjata sebenarnya. Dia main pakai peluru tabur je, tembak ikut sedap dia. Tapi sayang, semua peluru tabur dia, satu pun tak de yang kena.
Sampai terpaksa dia tabur fitnah dan buat kenyataan yang tak tentu arah tanpa sebarang bukti yang sah dan nyata.
Senjata utama bagi dia ialah Air Liur. Cakap je, dia ingat semua orang boleh percaya. Tunjuk dua tiga helai kertas, dah cukup untuk jadi bahan bukti. Bukti Kepala Tengkorak dia!!!
Itu senjata dia. Senjata Datuk Seri Najib apa pulak? Senjata Datuk Seri najib ialah Gagasan 1Malaysia. Aspirasi Perpaduan yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Dengan Gagasan tu sahaja, dah cukup untuk membuatkan Si Al - Juburi dan Konco - konco dia menggelabah tak tentu arah.
Gagasan itu je dia dah menggelupor. Dia cari jalan untuk menumbangkan Gagasan tersebut. Maka keluar la cerita pasal APCO.
Sampai hari ni, Nazri Aziz ajak dia berdebat mengenai isu APCO ni dia mengelak. Macam - macam alasan yang dia bagi. Tak ketinggalan jugak dengan anak - anak buah dia.
Dah terbukti bahawa 'kertas' serta 'surat' yang dia kata 'bukti' hubung kait 1Malaysia dan 'One Israel' itu adalah palsu. Ianya boleh dipertikaikan.
Sebabkan Gagasan 1Malaysia tu la, dia lahirkan Buku Jingga dengan janji - janji yang penuh dengan kepalsuan dan pembohongan belaka.
Kalau tidak kerana Gagasan 1Malaysia, takkan adanya Buku Jingga tu. Sebab dia takut dengan Gagasan 1Malaysia tu la dia buat buku tersebut untuk alih perhatian rakyat.
Gagasan 1Malaysia tu jugak la yang membuatkan DAPigs meroyan, sama ada di Selangor, Pulau Pinang mahupun di Sarawak.
Puas la puak - puak DAPigs tu buat macam - macam kaedah untuk menolak Gagasan 1Malaysia sampai diharamkan penggunaan Logo tersebut di Selangor dan Pulau Pinang.
Dan, disebabkan Gagasan 1Malaysia tu jugak, Anwar terpaksa merekayaksa cerita kononnya Datuk Seri Najib ada hubungan dengan pembunuhan Altantuya.
Bila rakyat mintak dia buktikan, sampai hari ni dia GAGAL nak buktikan. Apa yang dia jadikan bahan Ceramah Penipuan dia ialah laporan WikiLeaks.
Padahal dia sendiri yang mengakui bahawa laporan dalam WikiLeaks itu adalah satu bentuk Fitnah yang Jahat.
Tapi kenapa pulak dia masih nak terima pakai laporan WikiLeaks tu terhadap Datuk Seri Najib? Nampak sangat menipunya Si Anwar Ibrahim ni.
Tak payah pakai video seks atau kes liwat. Cukup sekadar Datuk Seri Najib cerita pasal 1Malaysia je. Itu pun dah buat dia tak terkeruan sampai tak tido malam. Lagi dia nak kata Datuk Seri Najib tak de senjata lain. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.