...Mampukah Dia Menjadi Wakil Rakyat Yang Baik Tanpa Sokongan Jentera Luar???...
Ini sah diorang tak belajar dan diajar tentang adap sopan menghormati orang lain bila bertanding tempat orang.
Semua benda dia main langgar je. Mana la orang tempatan tak marah. Bila orang tempatan marah, dia mula la tak puas hati.
Walaupun mereka dibenarkan bertanding seperti biasa, PAS masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat sewaktu sesi penamaan calon di DUN Muara Tuang semalam.
Kata Setiausaha Agung PAS, perasaan tidak puas hati itu adalah disebabkan tindakan SPR sebagai pengendali Pilihanraya mengambil masa terlalu lama sehingga jam 1 tengahari untuk mengumumkan keputusan.
Hasrat PAS adalah untuk memenangkan calon rakyat Kelantan mereka buat kali pertama tanpa bertanding di Sarawak ini telah gagal semalam.
Itu pun kira nasib baik jugak la Suruhajaya Pilihanraya benarkan diorang bertanding walaupun bukan warga tempatan.
Dah datang dari luar, buat la macam orang luar. Sedar la diri yang awak tu menumpang sementara je kat tempat orang ni.
Yang calon PAS tu pun tak terfikir ke dia? Jentera yang datang dan meramaikan orang di kawasan Muara Tuang ni semuanya orang luar. Bukan asal orang Sarawak macam dia.
Maknanya, selepas selesai Pilihanraya Negeri ni, semua jentera tu akan pulang ke tempat masing - masing. Tinggal la terkontang kanting seorang diri nanti.
KALAU dia menang, sapa yang nak bantu dia? Siapa yang nak tolong dia uruskan itu dan ini? Semua tu dia tak fikir ke? Nak jadi wakil rakyat pun biar la guna otak. Jangan guna kepala lutut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.