Selasa, April 12, 2011


Semut pelik jugak bila tengok orang Politik ni. Lagi lama diorang ni berpolitik, lagi banyak pulak benda bodoh yang diorang buat.

Nak kata diorang ni tak de pengalaman, banyak sangat dah rasanya. Tapi entah kenapa diorang boleh bagi jawapan yang bangang macam ni. Itu yang peliknya.

Tak sampai 24 jam Datuk Seri Najib umumkan bahawa kepimpinan Negeri Sarawak akan diselesaikan dalam masa terdekat selepas Pilihanraya Negeri, dah keluar pulak masalah lain.

Dah la tu, bukan orang lain yang buat. Tan Sri Taib Mahmud sendiri yang buat kenyataan ni depan Datuk Seri Najib malam tadi.

Ketua Menteri Sarawak tu memberikan bayangan bahawa beliau hanya akan bersara dalam masa beberapa tahun lagi sebelum peralihan kepimpinan Sarawak dapat dilakukan.

Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib, beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan Negeri daripadanya.

Kata Taib lagi, sokongan dari kalangan anak - anaka muda ini penting bagi memastikan usaha pembangnan dan kemakmuran yang ditempa untuk Sarawak dapat dilaksanakan.
“Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,” kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka.
Itu ulasan yang dibuat oleh Malaysian Insider. Sebenarnya, kenyataan Pehin Seri tu sengaja dipusing agar dilihat sebagai tanda beliau masih enggan berundur.

Ini lah salah satu cara bagaimana pihak Pembangkang memutar belitkan sesuatu isu agar dapat mempengaruhi minda rakyat.

Padahal, apa yang diucapkan oleh Pehin Seri tu tak de kena mengena lansung dengan pengunduran beliau dari tampuk kepimpinan Negeri.

Itupun tahan la Pehin Seri nak jugak berundur dari jawatan dia sebagai Ketua Menteri. Ada jugak niat dia nak berenti. Jadi tak de la bodoh sangat Pehin Seri sebenarnya.

Tak de la macam orang lain tu. Lagi bangang dari dia. Dah tua pun masih tak sedar diri lagi. Umur dah menjangkau 80 lebih pun tak nak jugak bersara dari Politik.

Selagi tak kena 'henyak', selagi itulah diorang tak sedar diri. Macam si Lim Kit Siang Ikan dan Nik Aziz tu. Dah tua - tua pun masih lagi gila kuasa. Bila nak berenti entah la. 

Tapi bila cerita pasal orang lain, Fuh! Diorang la juaranya. Macam la diorang tu bagus sangat. Tua kutuk tak sedar diri. Rumah kata pegi, kubur kata mari. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping