Isnin, April 11, 2011


Macam mana Semut tak kata diorang ni GAGAL dalam peperiksaan. Kalau dah semuanya tak reti nak jawab soalan, macam mana diorang boleh lulus periksa?

Semalam, Anwar tergagap - gagap nak jawab soalan dari seorang pemberita 8TV mengenai jam Omega dia. Dia GAGAL menjawab soalan tersebut dan dia sendiri mengakuinya.

Yang pemberita tu pun satu hal jugak. Patut masa Anwar tanya, apa kena mengena soalan dia dengan Pilihanraya Sarawak, jawapan dia sepatutnya, Rakyat nak tahu. 

Rakyat yang tuntut kebenaran tu. Mereka perlu jawapan sama ada jam tu ada atau tidak pada Kak Wan Omega? Itu sahaja. Tapi itu pun Anwar nak kena Poo...singh jugak.

Kalau dah Ketua Penipu pun GAGAL menjawab soalan dari pemberita, anak buah dia ni pun sama jugak, dua kali lima je. Lain orang tanya, lain yang dia jawab.


Kenapa dia tak nak buat laporan Polis mengenai dakwaan kata dia ada isteri kedua tu? Soalan yang ditanya, betul ke dia ada isteri kedua?

Yang dia pegi pusing cerita entah ke mana tu pasal apa? Dia tak faham soalan ke? Takkan soalan macam tu punya mudah pun dia tak faham kot.

Dalam sesi temuramah tu jugak, si Ahmad Nazib ni kata, rakyat perlu tolak Politik yang suka mencari kelemahan dan kesalahan peribadi seseorang.

Kalau macam tu, rakyat juga perlu tolak Pakatan Pembangkang yang kerjanya tak de lain, asyik nak mempertikai pasal peribadi Tan Sri Taib Mahmud je kerjanya.

Yang diorang buat tu tak dikira sebagai Politik kotor pulak? Diorang kutuk peribadi orang boleh, bila orang mempertikaikan peribadi dia tak boleh? Keadilan kepala tengkorak dia macam tu!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping