Jumaat, April 15, 2011



Tak habis - habis puak - puak Pakatan Pembangkang ni nak menipu rakyat ye? Nak pulak dari geng - geng dari PKR ni. Macam dah tak de kerja lain agaknya.

Ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke nak dipermain - mainkan dengan begitu sahaja? Ingat rakyat Malaysia ni tak tau agenda diorang?

Semalam, diorang kononnya 'protes' perlantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai timbalan Ketua Polis Negara.

Kata diorang, ianya satu langkah yang tidak bijak telah diambil oleh Putrajaya dengan pelantikan tersebut jika mahu memulihkan imej PDRM.

Menurut N. Surendran, banyak pihak mempersoalkan perlantikan bekas Ketua Polis Selangor kerana kegagalan beliau dalam menguruskan pasukan Polis Selangor.

Ye ke banyak pihak? Pihak mana yang dimaksudkan oleh Surendran tu? Banyak pihak tu, pihak dia aje ke atau rakyat secara keseluruhan?

Surendran jugak kata, dia sendiri tidak yakin dengan kredibiliti dan keupayaan Khalid untuk memikul tanggungjawab orang Nombor dua dalam PDRM tu.

Soalan Semut mudah, Sejak Bila PKR membela pihak Polis ni? Jangan nak wayang la konon nak membela imej Polis ni.

Padahal, diorang jugak yang selalu maki hamun Polis dengan macam - macam gelaran. Anjing Kerajaan la, Barua la dan sebagainya.

Malah insiden terbaru mengenai pendedahan Video Seks 'Pemimpin Kanan Pakatan' pun diorang salahkan pihak Polis. Baru ini nak jaga imej Polis?

Lepas tu ada hati pulak suruh Kerajaan rombak PDRM secara keseluruhan dan proses merekrut serta kaedah latihan pun perlu dikaji kononnya.

Dia jugak turut mencadangkan agar satu Suruhanjaya Bebas Menyiasat Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan untuk memantau Penyalahgunaan Kuasa oleh pihak Polis.

Tak de kerja lain, asyik nak suruh tubuh Suruhanjaya ni apasal? Bila orang suruh tubuh RCI untuk siasat kes video, diorang tak nak pulak.

Nak membersihkan imej Polis macam mana kalau diorang yang asyik memburuk - burukkan pihak Polis ni? Diorang jugak yang caci cerca PDRM. Baru ini nak membersihkan imej Polis?

Cari la kerja lain. Jangan la asyik nak menipu rakyat je kerjanya. Jangan ingat rakyat ni bodoh sangat macam diorang tu. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Helo Mr. Surendran go and fly kite...you siapa? Are you the ASSESSMENT OFFICER to Datuk Khalids' promotion. That cant be cos only IGP will be the Pegawai Penilai untuk kenaikan pangkat Datuk Khalid....so you mind your own buisness.

    Enough is Enough we are not stupid DUNGGU like you and your Pakatan gang easily manipulated.Its so PATHETIC!! CEIT ....PIGIDAH

    BalasPadam
  2. dah nama pun perti kelentong rakyat..toksah heran le

    BalasPadam
  3. selepas Era Tun M ini lah parti yang Paling TOP pelingkop negara

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping