Sesi berkempen bagi Pilihanraya Sarawak ini sudah masuk hari terakhirnya malam semalam, tepat jam 12.
Namun, sesi berkempen masih sempat diadakan sebagai tirai penutup bagi tempoh berkempen yang dibenarkan oleh pihak SPR.
Dua tokoh yang turut hadir menjayakan program pada malam semalam ialah Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam rapat umum yang diadakan di Mukah, sambutan terhadap Mantan Perdana Menteri itu diluar jangkaan sebenar.
Selaut manusia hadir untuk mendengar amanat dari seorang Negarawan yang sudah banyak berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara ini.
Antara lain, Tun Dr. Mahathir menggesa rakyat Sarawak secara keseluruhannya supaya tidak terpikat dengan propaganda Pakatan Pembangkang.
Beliau menyifatkan bahawa janji - janji yang ditaburkan oleh puak - puak Penipu Rakyat itu sebenarnya hanya menguntungkan beberapa orang sahaja. Bukan rakyat Sarawak.
Tun juga turut membidas kenyataan - kenyataan ceramah yang diadakan sebelum ini oleh puak Pakatan Pembangkang kerana mereka gagal mentadbir Negeri dibawah jajahan mereka dengan baik.
Tun Dr. Mahathir turut ditemani oleh Pehin Seri Taib Mahmud hadir bersama ke program 'Berambeh Jegem' itu malam semalam.
Tun juga turut menekankan aspek Perpaduan yang perlu menjadi keutamaan kepada rakyat agar bukan sahaja Negeri, malah Negara dapat membangun dengan stabil dan penduduknya dapat hidup aman serta harmoni.
Nampak sangat perbezaan seorang tokoh Negarawan yang berjasa dengan cara yang digunakan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu.
Diorang tak sedar bahawa apa yang diorang buat tu hanya sekadar memecah-belahkan rakyat setempat dan kemudian pergi meninggalkan mereka begitu sahaja.
Adakah ini perubahan yang hendak dibawa oleh Pakatan Pembangkang ini supaya rakyat menjadi kacau bilau dan keadaan menjadi huru - hara?
Rakyat Sarawak khususnya akan menjadi penentu pada hari ini. Terserahlah kepada mereka untuk membuat penilaian masing - masing.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.