Huh!!! Sungguh tak adil. Bermula tengah malam tadi, dengar kata minyak petrol naik harga lagi. Naik 20 sen pulak tu.
Minyak petrol RON 97 akan mula dijual dengan harga baru pada kadar RM2.70 seliter berbanding harga lama RM2.50 sahaja sebelum ini.
Kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual dan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), kenaikan itu tidak akan melibatkan RON 95, Diesel dan bahan api lain di Negara ini.
Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan tersebut adalah kesan daripada krisis yang sedang melanda Negara - Negara Asia Barat yang sedang bergolak ketika ini.
Harga minyak mentah dipasaran dunia telah meningkat kepada USD$114 setong berbanding USD$105 pada minggu lalu.
Tapi minyak Petrol RON 97 ni kebiasaannya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi tinggi macam Mercedes, BMW dan sebagainya.
Jadi memang patut la naik. Kalau dah diorang mampu beli kereta mewah yang harganya ratusan ribu ringgit, takkan la minyak naik setakat 20 sen pun nak bising ye tak?
Kalau itu pun diorang nak bising, jual je la kereta mahal diorang tu. Beli kereta biasa, pakai minyak RON 95. Habis cerita.
Apa guna ada duit banyak - banyak beli kereta mahal - mahal, lepas tu nak bising tak tentu pasal. Padahal, kalau naik Merc ke, BMW ke, sama je sampai ke destinasi dengan naik Kancil.
Itu pun mujur ada kereta. Kalau jalan kaki, kayuh basikal? Lagi naya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.