Ni satu benda yang Semut pelik. Nak marah pun, ye jugak. Walaupun Semut merupakan bekas pengikut PAS, tapi, ada jugak rasa nak lempang muka Si Aziz Bari ni.
Nama je dia ni Profesor, tapi bagi perumpamaan pun agak - agak la. Ada ke dia kata PAS ni macam Gajah Tak De Kepala?
Itu ke kenyataan yang mampu dikeluarkan oleh yang berpendidikan tinggi dan bergelar sebagai seorang Profesor? Kalau Semut yang keluarkan kenyataan tu tahan gagah la jugak.
Apa sebenarnya yang Si Aziz Bari ni tak puas hati sangat dengan Haji Hadi ni? Kenapa dia beria - ia sangat nak mengkritik kepimpinan Haji Hadi tu?
Ke dia pun ada hati nak jadi Presiden PAS? Atau adakah dia menjadi orang upahan pihak tertentu untuk mempertikaikan kepimpinan Haji Hadi ni?
Mana tau. Dalam PAS ni pun banyak jugak dah agen - agen luar yang mula menyusup masuk dengan niat nak memecah-belahkan hubungan sesama mereka. Itu jugak salah satu sebab kenapa Semut tinggalkan PAS dulu.
Tapi Semut nak tau jugak. Yang dia beria - ia sangat kritik Haji Hadi ni, dia dah jadi ahli PAS ke belum? Apa hak dia nak mempertikaikan Haji Hadi kalau dia sendiri bukan ahli parti tu?
Kalau dia dah jadi ahli, kenapa PAs masih simpan lagi orang macam ni? Nampak sangat agenda dia sebenarnya nak memecah - belahkan ikatan Ukhwah didalam parti tu.
Sepatutnya orang macam dia ni dah awal - awal ditendang keluar kerana memang niat dia ke arah itu sebenarnya. Ada pun buat semak je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.