Pelik bunyi tajuk artikel ni kan. Macam mana pulak puak - puak yang membantah ni boleh jadi penyokong? apa yang mereka bantah dan apa pulak mereka sokong???
Petang tadi, Semut siarkan satu artikel yang bertajuk: Ribuan Datang Membantah. Siap dengan gambar - gambar sekitar kawasan Hotel Hyatt, Kuantan lagi.
Artikel tu bukan bertujuan untuk mengubah fakta. Tetapi itulah hakikat sebenarnya. Memang ribuan orang yang membantah mengenai isu Lynas ni.
Ada puak yang membantah secara membabi buta sahaja demi kepentingan Politik individu tertentu tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.
Macam puak - puak Anti-Lynas tu la yang diketuai oleh Si Fuziah 'Reaktor' tu. Tujuan dia ialah untuk memporak - perandakan keadaan dan menimbulkan huru hara semata - mata.
Satu puak lagi membantah campur tangan puak - puak Anti-Lynas ni dalam usaha panel bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan dari menjalankan tugas mereka.
Bagi puak - puak ini, isu ini bukan lagi soal Politik Si Fuziah 'Reaktor' tu sahaja. Tetapi demi mendapatkan Kebenaran mengenai perkara tersebut.
Persoalan yang timbul dikalangan puak - puak ini ialah kenapa geng - geng Anti-Lynas ni nak membantah lantikan IAEA sebagai badan bebas untuk mengkaji tahap keselamatan kilang memproses logam nadir tu?
Bukan ke puak - puak Anti-Lynas tu jugak yang beria - ia nak pihak Kerajaan melantik satu panel bebas yang berkelayakan untuk memastikan tahap keselamatan kilang tersebut sebelum ianya dibenarkan beroperasi?
Jadi kenapa diorang buat bantah pulak sekarang ni? Sebabnya, maklumat yang disampaikan oleh Si Fuziah tu ternyata tidak tepat dan telah diputar belitkan.
Dia buat dakwaan bahawa IAEA adalah sebuah badan Antarabangsa yang hanya mempromosikan penggunaan Nuklear sahaja.
Sedangkan apa yang dijelaskan oleh wakil daripada pihak IAEA pagi tadi jauh dari tafsiran yang dibuat oleh Si Fuziah 'Reaktor' ni.
Kata mereka, IAEA bukan sahaja menangani isu Nuklear sahaja. Mereka juga turut terlibat dalam kajian terhadap semua bahan mineral yang dikatakan mengandungi bahan radiasi.
Sebagai contoh, panel ini pernah membuat kajian terhadap perlombongan emas di Africa yang dikatakan mempunyai komposisi radiasi yang sama seperti logam nadir.
Dah jelas bahawa bantahan yang dibuat oleh puak - puak Anti-Lynas ni dibuat secara membabi buta sahaja tanpa mendapat keterangan serta fakta yang betul dari pihak tertentu.
Ianya hanya mainan Politik Si Fuziah 'Reaktor' itu sahaja yang kerjanya menipu rakyat je. Tak lebih dari itu. Macam dah tak de kerja lain!!!
As-salam Tuan.
BalasPadamMohon linkkan blog hamba http://kawahberapi.blogspot.com/ ke blog tuan.
Blog tuan sudah hamba linkkan di blog hamba.
Terima kasih banyak atas jasa baik tuan.