Isnin, Mei 16, 2011

"...Ambo Mano Tau Tok Guru Nak Poo..singh..."

Kalau korang baca tajuk artikel ni, mesti korang tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Nik Aziz memang kecewa dengan Exco Kerajaan Negeri Kelantan ni sebenarnya.

Tapi sebab apa pulak Nik Aziz nak merasa sedemikian terhadap Husam Musa? Masalah apa yang Husam Musa dah buat sehingga dia rasa kecewa sangat ni?

Sebab sebelum ni, Husam Musa sibuk pukul canang sana sini kata pendapatan Kerajaan Negeri Kelantan yang diperolehi dari Ladang Rakyat sangat menguntungkan.

Dengar kata, jumlah keuntungan yang diperolehi dari Ladang Rakyat tu mencecah jutaan ringgit dari segi pungutan cukainya. 

Jadi, kalau dah duit hasil kutipan cukai tu banyak, kenapa Kerajaan Negeri Kelantan masih gagal untuk membangunkan kawasan rumah untuk rakyat miskin di Negeri tersebut?


Jangan cakap la Kerajaan Pusat tak bagi bantuan dan sebagainya. Semut ingat lagi, dalam satu sesi ceramah PAS sebelum ni pun diorang kata kutipan hasil balak Kelantan juga cukup lumayan.

Lebih lumayan dari apa yang diperolehi sewaktu Barisan Nasional memerintah Negeri tersebut. Jadi, kenapa duit tu masih tak cukup untuk membantu membina rumah rakyat?

Jangan kata nak bina rumah rakyat. nak bagi duit bantuan jaga kebersihan tandas Masjid pun tak mampu. Persoalannya, ke mana perginya duit tu semua? Apa yang diorang buat?

Mungkin sebab persoalan seperti inilah yang membuatkan Husam Musang tu tak jadi bertanding bagi jawatan Presiden di Mukhtamar PAS yang akan datang. Nik Aziz tak bagi sebab dia hanya menyusahkan kerja seorang Menteri Besar.

Jadi tak heran la kalau Nik Aziz kecewa sangat dengan Husam Musa ni. Macam mana dia nak pusing cerita lagi lepas ni?

Ps: Malam nanti Semut ada satu lagi cerita pasal Ladang Rakyat ni. Tunggu ye....
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping