Mungkin korang pelik, kenapa Semut kurang menulis semenjak akhir - akhir ni kan? Bukan sebab apa. Kadang - kadang kita kena ada ruang jugak untuk diri kita sendiri.
Kita pun perlukan ruang untuk meluangkan masa dengan rakan - rakan dan ahli keluarga. Semut pun ada ahli keluarga jugak.
Bukan kerja Semut 24jam asyik nak mengadap komputer je. Ada jugak tugasan - tugasan lain yang perlu diselesaikan dunia yang nyata.
Asyik dalam dunia maya, berperang dengan puak - puak Haramjadah tu je, tak de manfaat jugak kalau dunia nyata kita selalu abaikan.
Kita pun ada jugak tanggungjawab lain terhadap masyarakat yang perlu diselesaikan. Itu amanah yang memang tak dapat kita tolak sama sekali.
Semut bukan macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu yanga syik berpolitik je 24jam. Semua benda nak dijadikan Politik oleh mereka sampaikan keluarga sendiri pun terabai.
Apa gunanya kalau kita asyik nak berpolitik sehingga tanggungjawab kepada kaum keluarga dan masyarakat kita abaikan begitu sahaja?
Jadi kepada pembaca - pembaca blog Semut ni, yang merasakan Semut kurang menulis, harap - harap mereka faham bahawa dunia Semut ni ada dua.
Satu dunia maya ni yang semakin hari, semakin mencabar dengan dakyah - dakyah songsang yang dibawa oleh puak - puak Pakatan pembangkang tu.
Satu lagi dunia nyata, yang tidak dapat kita nak elakkan selagi kita bergelar sebagai manusia. Itu tanggungjawab yang paling perlu untuk kita hadapi.
Tapi, demi nak menegakkan kebenaran, Semut akan tetap berjuang dalam dunia maya ni untuk mengubah persepsi dan juga pandangan rakyat daripada pembohongan yang ditaburkan oleh puak - puak Haramjadah tu.
Cogankata diorang, 'Lawan tetap lawan'. Jadi kita lawan selagi boleh. Diam bukan maknanya kita kalah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.