KUCHING 17 Jun – Orang ramai yang menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan, didakwa umpama ‘kuda tunggangan’ kepada agenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa, ia kerana kaedah menghasut orang ramai ke jalanan merupakan modus operandi Anwar apabila berada dalam keadaan terdesak.
Buktinya, kata beliau, Anwar melancarkan demonstrasi besar-besaran selepas beliau disingkirkan daripada kerajaan dan parti sedangkan Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah tidak melakukan perkara sama walaupun pernah kecewa dalam politik.
“Saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan menyertai perhimpunan ini, memang penganjur dakwa perhimpunan ini berkaitan usaha tambah baik proses pilihan raya tetapi ‘sekilas ikan di air, saya sudah tahu jantan atau betinanya’.
“Saya sudah lama kenal Anwar, sehingga hari ini hanya sedikit saya dedahkan rahsianya, saya belum ‘buka’ semua lagi, kalau ‘buka’ semua dia akan susah,” katanya di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Nallakaruppan berkata, tarikh berlangsungnya demonstrasi Bersih juga mencurigakan kerana ia diadakan hanya enam hari sebelum Anwar membela dirinya di mahkamah atas pertuduhan liwat.
Sehubungan itu, dakwanya, demonstrasi itu dijadikan platform bagi mengalihkan perhatian rakyat selain memainkan persepsi bahawa rakyat masih setia bersama ketua pembangkang itu.
Ps: Kalau dah jenis buta hati, buta mata dan buta perut, cakap la apa pun kat puak - puak PAS ni. Diorang peduli apa.
Jadi kuda ke, jadi keldai ke, semua diorang sanggup. Bukan diorang berfikir guna kepala otak pun. Semua berfikir guna kepala lutut. Itu la yang jadi masalahnya.
Biar pun parti tu pernah dikutuk dan dimaki oleh Ambiga, pun diorang tak ambik kisah. Yang pentingnya, diorang dapat memburuk - burukkan Kerajaan. Itu je tujuan diorang.
Nak kata diorang memperjuangkan Agama? Ceh!!! Boleh jalan la. Menipu je semua tu. Wayang belaka. Islam tu hanya alat politik je. Macam la orang tak tau!!!
tak kisah la kuda ke keldai. yg penting boleh tunggang. terbaik tok guru n.ajis dan hadi besi!
BalasPadam