Rabu, Jun 22, 2011


Ahh... Tengahari ni, meh kita santai seketika dan larikan diri dari cerita - cerita Politik. Kalau asyik sangat cerita bab Politik ni, tak habis kopi secawan.

Itu kata kawan - kawan Semut la kan. Mana taknya. Nak pulak sekarang ni ada puak - puak Haramjadah dari Pakatan Pembangkang tu. Macam - macam la cerita yang keluar.

Jadi untuk itu, kita alih perhatian seketika dan bercerita tentang keadaan semasa. Dengar - dengar cerita, filem Transformer 3: Dark Of The Moon dah nak ditayangkan.

Cuma timbul sedikit spekulasi yang katanya bakal menghangatkan lagi filem tu ialah apabila pelakon wanita utamanya, Megan Fox tidak membarisi senarai kali ini.

Nama Megan Fox dikatakan telah digugurkan oleh pengarah filem tersebut iaitu Michael Bay atas permintaan seorang lagi pengarah filem tersohor iaitu Steven Spielberg.

Katanya, Spielberg membuat permintaan tersebut ekoran daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Megan terhadap pengarah Transformer.

Megan Fox telah mengeluarkan komen yang menyamakan Michael Bay dengan Adolf Hitler, pemimpin Nazi dizaman Perang Dunia Kedua itu.

Apa sebab si Megan Fox tu nak kata Michael Bay ni macam Hitler? Michael Bay tu ada buat perancangan nak bunuh Yahudi beramai - ramai ke?

Kalau sekali pandang, memang tak masuk akal. Tapi inilah realiti dunia filem. Semata - mata nak melariskan lagi filem tersebut, maka diorang buat la 'Publicity Stunt' macam tu.

Diorang buat la cerita, kononnya ada pergeseran dan ada konflik untuk menarik perhatian penonton agar pergi tengok filem tu nanti.

Ala, taktik ni kat Malaysia pun dah biasa orang guna. Malah tak terkecuali dengan ahli - ahli politik kat Malaysia ni. Semuanya pandai buat 'Publicity Stunt' macam tu jugak.

Tujuannya tetap sama. Untuk menarik perhatian rakyat terhadap mereka dan melarikan pandangan daripada isu sebenar. 

Dan yang biasa guna taktik ni pulak dah tentu la puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Terutama sekali Si Ketua Penipu tu. 

Dia nak buat kerja untuk rakyat tak reti. Jadi guna la taktik ni nak meraih simpati. Macam la orang tak tau ye tak??? Kerja dia menipu orang je la!!!

2 ulasan:

  1. hohoho... bersngkut paut jugak ye politik dan hiburan(filem/wayang gambar) ni... lagipon politik dan hiburan tak jauh bezanya...persamaan dalam 2 bidang ini ialah, ahli2 yang terlibat harus pandai BERLAKON....kuang kuang kuang

    BalasPadam
  2. hehe..mula2 baca ayat intro dh cantik dh..nk story yg santai & lari dari citer politik..

    tp ending politik gak..huhu, hampeh..:P

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping