Rabu, Jun 22, 2011

...Lihat Wajah Kecewa Seorang Anak...
Inilah hakikat yang sebenarnya. Walau pun cerita ni dah digembar - gemburkan semalam, tapi ianya memang wajar dimainkan semula.

Lagi pun, semalam kita dah banyak kali cerita pasal Si Nurul Izzah ni dan juga kekecewaan dia terhadap Papanya. Jadi, Semut cerita la kisah Si Anak Kecil ni pepagi buta ni dulu.

Sebenarnya, puji - pujian yang melangit diberikan oleh Si Nurul Izzah ni hanya sekadar 'Pukul Anak, Sindir Menantu' sahaja. Bagi yang tak paham dengan peribahasa tu, biar Semut jelaskan.

Peribahasa tu merujuk kepada sesuatu yang dibuat dengan tujuan untuk mencapai sesuatu yang lain tanpa disedari oleh orang. Itu yang sebenarnya hendak dilakukan oleh Nurul Izzah ni.

Dia sebenarnya nak perli Papa dia sendiri dengan memuji - muji sistem Pilihan Raya yang diadakan di Negara Turki.

Apabila dia menasihatkan Kerajaan Malaysia agar mencontohi sistem Pilihan Raya di Turki yang disifatkan aman dan telus, Nurul Izzah tak lupa tentang sikap pemimpin Negara tersebut.

Malah dia cukup tahu mengenai prinsip yang menjadi pegangan kepada pemimpin - pemimpin di Negara itu kerana Papanya selalu berulang ke sana.

Dia tahu, bahawa sekiranya mana - mana pemimpin di negara itu yang terlibat dengan skandal terutamanya berkaitan dengan skandal seksual, mereka akan pasti meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada siasatan.

Tindakan itu adalah untuk memberi laluan kepada pihak berkuasa melakukan kerja mereka dan dalam masa yang sama dapat membersihkan nama, maruah keluarga serta parti yang dipimpinnya.

Malangnya, Papa Si Nurul Izzah ni tak seperti itu. Papa Nurul Izzah ni lebih rela memalukan keluarga dan juga memburukkan imej partinya sendiri demi membuktikan sesuatu yang tidak benar.

Perkara ini jelas telah berlarutan biar pun pelbagai ruang dan peluang telah diberikan kepada Papanya untuk membersihkan nama serta memelihara maruah keluarga dia.

Namun, tidak satu pun tindakan yang sewajarnya diambil oleh Papa Nurul Izzah ni dan ia membuatkan Si Anak Kecil ini menjadi kecewa dan tertekan.

Cuba fikirkan. Cara mana lagi yang dapat dilakukan oleh seorang anak untuk menegur Papanya sendiri selain daripada cara ini? Dah tak de dah cara lainnya.

Jadi, memang bagus kerja Si Nurul Izzah ni sebenarnya. Dia cuba mengalihkan isu dengan harapan Papanya terkena 'tamparan maut' yang cuba hendak disampaikan itu.

Syabas Nurul Izzah kerana takut nak menyatakan Kebenaran dan cuba sembunyi disebalik ludah sendiri. Sekarang dah terkena batang hidung, Baru Padan Muka!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. busuk2 pun bapak dia, nak buat macam mana...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping