Jumaat, Jun 03, 2011


Uik! Biasanya, keadaan macam ni tak selalu berlaku. Bila ada dakwaan yang dibuat oleh seseorang dan orang tu mengaku, kenapa dia nak rasa hairan pulak?

Itu yang peliknya bila cerita pasal kes Husam Musa dan blogger Kickdefella ni. Ada dakwaan kata Husam bayar duit kepada Syed Azidi sebanyak RM350ribu.

Husam awal - awal lagi dah menafikan perkara tersebut. Kata dia, dia tak pernah jumpa Syed sejak mereka berptah arang, berkerat rotan pada tahun 2009 yang lalu.

Jadi, macam mana pulak dia boleh bagi duit tersebut kepada Syed? Ini yang membuatkan Si Husam Musang ni berasa hairan.

Dari pihak Syed pulak, dia mengaku kata ada menerima wng sebanyak itu daripada calon Naib Presiden PAS tu sebelum ini. 

Dengar kata, duit tu diberikan kepadanya sewaktu lawatan mereka ke China baru - baru ni. Tapi, dia tak bagi tau pulak duit tu untuk apa.

Kalau dulu, dia dedahkan. Dia dibayar oleh Husam Musang untuk memburuk - burukkan imej Pak Lah sebagai seorang Perdana Menteri. Jadi untuk apa pulak bayaran yang terbaru ni?

Maka ada orang buat spekulasi, kata ianya untuk menjejaskan kredibiliti Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz. Dengar kata, ianya sebab Si Husam ni ada hati nak ganti tempat dia.

Jadi, siapa yang betul dalam hal ni? Si Husam ke atau Syed Azidi? Hari tu pandai sangat Husam cabar Datuk Eskay ambik ujian poligraf. Sekarang, apa kata dia pulak yang ambik ujian tersebut untuk menentukan siapa yang bercakap benar.

Nak pening - pening kepala buat apa sedangkan Si Syed Azidi tu pun dah bersedia untuk diambil sebarang tindakan oleh Husam Musang. 

Jadi, tunggu apa lagi. Ambik la ujian poligraf tu. Buktikan yang dia memang bercakap benar dan tidak berbohong dalam soal ni. Jangan asyik nak memeningkan kepala orang lain.

Jangan cabar orang je yang dia taunya. Bila kena batang hidung sendiri, tau pulak dia menggelupor. Banyak pulak alasan yang dia bagi. Memang dasar kambing betul la Si Husam Musang ni. Macam ni nak jadi Naib Presiden? Kirim salam je la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping