Itu satu persoalan yang timbul apabila puak - puak Anti-Lynas ni membuat gerak - kerja mereka di Kuantan. Adakah kanser hanya disebabkan berlaku radiasi dari kilang itu sahaja?
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak IAEA, tidak ada 'tahap selamat' yang dapat ditetapkan jika ianya berkaitan dengan radiasi.
Walaubagaimana pun, kadar radiasi itu masih boleh dikawal dan dipantau dari masa ke semasa mengikut standard yang telah disediakan.
Sebagai contoh, plumbum dalam bateri kereta tu tinggi jugak kadar radiasinya sampai manusia pun tak boleh pegang. Di kilang, hanya robot sahaja yang buat kerja pemasangannya.
Tapi kenapa kita masih gunakan jugak bateri tu dalam kehidupan sehari - harian kita? Tak takut pulak kita dengan radiasi yang dihasilkan dari bateri tu.
Sebab apa kita tak takut? Sebab kadar radiasi yang dihasilkan daripada bateri kereta tu tidak menjejaskan kita dalam jangka masa pendek.
Tapi kalau kita tengok dalam laporan yang disedikan oleh Free Malaysia Today ni, nampak sangat puak - puak Anti Lynas ni hanya ambik sebahagian saja dari apa yang disampaikan.
Mereka hanya ambik bahagian 'There Is No Safe Radiation Level' dan menyatakan bahawa kemungkinan 1 daripada 5 orang pekerja kilang itu akan mati akibat kanser.
Persoalannya, adakah dia akan mati 'on the spot'? Kalau setakat diorang nak takutkan rakyat dengan penyakit kanser, macam mana pulak dengan kes kanser yang lain?
Kenapa ramai rakyat Malaysia mati akibat kanser sebelum ni sedangkan kilang tu baru je nak dibina dan belum siap pun lagi?
Berdasarkan kepada Laporan ketiga Pendaftaran Kanser Nasional (2008) sejumlah 67,792 kes baru telah dikesan di kalangan penduduk di Semenanjung Malaysia pada tahun 2003-2005, terdiri daripada 29, 596 (43.7%) lelaki dan 38, 196 (56.3%) adalah wanita. - Sumber Dari Institut Biosains, UPM.
Ini bermakna radiasi ni memang ada dimana - mana. Kemungkinan untuk orang mati akibat kanser ni tetap wujud. Seterusnya menjelaskan maksud panel IAEA tu tadi.
Memang betul la kata diorang. Mana ada tahap selamat dalam radiasi ni? Tidur sebelah pasangan masing - masing pun boleh terdedah kepada radiasi. Jadi, tak semestinya kerja kat kilang tu je boleh mati akibat kanser.
Sudah - sudah la. Jangan la diorang sengaja nak menakut - nakutkan rakyat dengan fakta separuh tepat seperti itu. Rakyat Malaysia ni pun bukan la bodoh sangat macam yang diorang sangkakan. Ada jugak otak boleh berfikir. Bukan pakai kepala lutut!!!
Ini orang tak sekolah tulis blog...u ingat kena radiasi saja ke orang kena kanser.....baca dulu dan kaji apa itu kanser,kenapa ianya berlaku serta sebab musababnya....jangan tengok statistik ..terus komen.Belajar dulu beb.Jangan jadi seperti seekor mangkok tu mengatakan "INI TANAH MELAYU" SEMASA PERHIMPUNAN penentang dan penyokong Lynas ari tu.Maksud beliau orang Melayu atau tanah Melayu bolih di racuni(radiated)kerana Melayu mewarisi ilmu kebal.....otak macam nilah yg menyebabkan Tanah Melayu di jajah dulu.Ini menunjukkan otak umat Melayu tak berkembang dari tahu 1511 sehingga sekarang....pikir pikirkanlah jangat seronok sangat menyokong sehinggakan lupa diri/negara.
BalasPadamAku pun heran juga...kes kemalangan jalanraya, kes bunuh, kes denggi dll tu lagi banyak menyebabkan kematian. Kilang ni kan ada safety measurement dan pakaian khas untuk pekerja. Teruskan aje operasi kilang Lynas.
BalasPadamP/s Manusia kata jerung membunuh tapi sebenarnya manusia yang banyak membunuh jerung.
Kita tunggu keputusan Panel Bebas. Tapi setengah org, x kisah apa pun keputusan panel bebas, tetap xnak Lynas..
BalasPadamNak tahu pasal perangai buruk orang kuat Nurul Izzah? Boleh baca di sini:
http://apakecoh2.blogspot.com/
Kadang kadang kita perlukan juga otak untuk berfikir ....kenapa syarikat dari Australia tiba tiba nak bina kilang radioaktif di Malaysia,dan tidak di negara mereka yg 200 kali ganda luasnya dari Malaysia....kenapa mereka perlu susah susah angkut bahan buangan lombong mereka untuk di proses di sini...Bahan Thorium yg terhasil adalah satu bahan radioaktif yg berbahaya yg belum lagi menyeluruh kegunaan nya lagi..oleh itu tidak ada sesiapa yg tahu dgn mendalam kesan radiasi yg di keluarkan tidak seperti bahan Uranium,Paladium yg telah lama di kaji dan telah tahu kesan atau kemudharaban nya.Kita perlu ambil iktibar negara negara Afrika pada tahun 1970han dulu di mana Uranium mula mula di gunakan untuk pengeluaran tenaga dan senjata...oleh kerana masih baru negara negara Afrika menerima dgn senang hati bahan buagan tersebut kerana di bayar dgn harga yg tinggi oleh negara Barat sebagai tempat buangan..sampai hari ini kesan radiasi dari bahan sisa tersebut masih menghantui negara tersebut dgn kadar kanser yg tersangat tinggi.Baru sekarang negara negara Afrika tersebut baru tahu bahawa mereka telah di tipu hidup hidup ttg keselamatan sisa buangan tersebut tapi apa boleh buat itu adalah perkara lama..tanggung lah sendiri.Berbalik kepada kita,apa akan jadi 10 atau 20 tahun lagi apabila lebih banyak perkara di ketahui mengenai kesan Thorium tersebut siapa hendak di salahkan.....Kalau lah betul sisa tersebut selamat lebih baik Lynas Australia membina kilang di negara mereka ..sekurang kurangnya rakyat mereka ada kerja terutama orang asli mereka yg sangat menyedihkan yg hidup atas ihsan kerajaan mereka.Daripad mabuk sepanjang masa rakyat Asli tersebut boleh berdikari......tapi soalan cepumasnya kenapa hendak di bina kilang di negara dunia ketiga....??????????
BalasPadamwtf you guys....it so obvious...even aussie doenst approve this plant
BalasPadam