KUALA LUMPUR 17 Jun – Demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan 9 Julai nanti didakwa sebagai sebahagian usaha terancang Mohamad Sabu untuk membersihkan ‘dosanya’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ini kerana semua orang tahu bahawa Timbalan Presiden Pas itu pernah melabel Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’ sekitar 1990-an, dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti homoseksual ketua pembangkang itu.
“Mat Sabu adalah orang pertama memanggil Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’ dan pada ketika itu, ketua pembangkang tersebut belum didakwa atas kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar.
“Kenapa secara tiba-tiba dia memanggil Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’? Saya yakin Mohamad Sabu cukup mengetahui sebabnya. Tapi, kini suasana berbeza, mereka jadi rakan akrab dan demi membersih ‘dosa’ tersebut, beliau menganjurkan perhimpunan Bersih.
“Ini kerana Mohamad Sabu malu untuk mohon maaf secara terbuka kerana dia orang nombor dua Pas. Jadi, Bersih ini diharap mampu jadi pemangkin untuk menawan semula kepercayaan Anwar,” katanya di sini, hari ini.
Ps: Alahai. Kalau la dosa manusia ni dapat dihapuskan dengan begitu mudah kan senang. Makin banyak la manusia atas muka bumi ni yang buat dosa.
Buat je dakwaan apa - apa pun. Tuduh orang tu meliwat dan bagi je gelaran Al - Juburi atau Al - Bontoti dan sebagainya.
Tapi lepas tu, pastikan orang yang kita kutuk dan maki hamun tu keluar dari Barisan Nasional. Nescaya terampun la dosa kita.
Tak pun, kita masuk je PAS. Dah tentu - tentu Wali terompah tu akan ampunkan dosa kita. Apa susah ye tak? Macam sial!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.