Lepas tu memandai - mandai la pulak nak buat tuduhan melulu pada Pehin Seri Taib Mahmud, kononnya Ejen Switzerland pun turut membuat dakwaan yang sama.
Dah hari ni tak pasal - pasal je diorang songeh tak tentu arah. Buat tuduhan, tak de bukti yang kukuh. Main cakap ikut sedap mulut je.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menjelaskan secara kategori dengan menafikan dakwaan Dana Bruno Manser (BMF).
Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau memiliki akaun di Swizterland. Penafian itu dibuatnya semasa sesi soalan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini.
Malah beliau juga turut menyatakan bahawa beliau tidak memiliki sebarang aset atau apa - apa Pelaburan dan seumpamanya.
Penjelasan itu pun turut disertakan dengan dengan surat penjelasan dalam surat yang dialamatkan kepada Presiden Swiss.
“Saya secara spesifik bertanyakan kepada presiden itu untuk mengesahkan sama ada beliau ada mengarahkan pihak berkuasa Swiss menyiasat saya berhubung dakwaan BMF atau membekalkan saya sesalinan permohonan supaya saya boleh mendapat nasihat perundangan,” katanya.Hah! Tak ke songeh muka puak - puak Pakatan pembangkang Negeri Sarawak tu. Macam mana diorang buat tuduhan kalau bukti tak ada?
Ini semua jenis main tembak ikut suka hati je ni. Bukan diorang peduli pun dengan benda - benda tu semua. Yang penting, buat spekulasi dan wujudkan persepsi.
Tujuannya adalah untuk mewujudkan sentimen dikalangan rakyat agar membenci kepimpinan yang diketuai oleh Pehin Seri ni.
Ingat rakyat tak tahu agaknya dengan taktik kotor yang menjadi makanan rugi puak - puak Pakatan ni agaknya. Kan dah tak pasal - pasal diorang sendiri yang dapat malu.
Itu pasal harta orang yang diorang sibuk - sibuk. Harta pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu, tak nak pulak diorang dedahkan.
Kenapa diorang senyap je? Kenapa tak maklumkan kepada rakyat berapa jumlah harta kekayaan yang dimiliki oleh mereka? Terutama sekali Si Ketua Penipu tu.
Mana dia dapat duit banyak - banyak untuk mengekalkan gaya hidup dia seperti hari ini? Sampai tiap - tiap bulan pulak boleh keluar Negara. Mana dia dapat duit???
Jangan cakap orang je pandai. Tapi diri sendiri tak tau nak jaga. Dah berbuih dah Semut cakap. Jangan jadi Ketam sebab ketam tu binatang. Diorang ni nak jadi binatang jugak ke???
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.