Rabu, Julai 13, 2011


Sungguh Semut tak sangka dengan perangai buruk puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Melihatkan kerendahan moral mereka membuatkan Semut beristifar.

Ini bukan perkara baru yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni mengenai isu kematian. Dah banyak kali ianya berulang.

Masa Pilihan Raya Tenang hari tu, pun mereka buat hal jugak apabila sengaja mempolitikkan kematian seorang penduduk Felda disekitar kawasan tersebut.

Konon, kata mereka, kerana taksub dengan kehadiran Perdana Menteri, jenazah lansung tidak diendahkan sehingga terpaksa seorang sukarelawan dikalangan mereka mengambil alih.

Padahal cerita sebenarnya, keluarga Arwah pada ketika itu sudah keluar untuk memanggil Imam Masjid untuk menguruskan jenazah. Tapi bila Imam sampai, semua dah selesai.

Sewaktu di Merlimau pun macam tu jugak. Mereka mempergunakan kematian seorang warga emas demi untuk kepentingan Politik semata - mata.


Calon wakil PAS kelihatan hanya mengambil gambar sahaja untuk jurukamera yang hadir. Tapi baru 3 langkah, dia dah serahkan keranda tersebut kepada orang lain. Tengok video ni.

Kali ni, siap berlakon lagi. Kononnya nak membuktikan kekejaman pihak Polis dalam menguruskan penyokong - penyokong Bersih sehingga mengakibatkan kematian.

Padahal yang meninggal orang lain. Yang dalam gambar orang lain. Macam ni ke perangai yang diajar oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni?

Sanggup mereka mempermainkan perkara seperti ini hanya semata - mata untuk kepentingan Politik mereka sahaja? Astargfirullahalazim...

Kalau ye pun nak menipu, jangan la mempermainkan soal kematian. Jangan la sampai macam ni sekali. Agak - agak la jugak. Jangan la buat perangai macam GAMPANG!!!

Ps: Pendedahan mengenai isu terbaru ni, sila Klik Di Sini, Di Sini, dan Di SiniBukan apa, Semut tak sampai hati nak buat cerita ni sebenarnya. 

Mari kita sedekahkan Al - Fatihah kepada Arwah yang telah pergi meninggalkan dunia tu. Al - Fatihah...
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. kematian seharusnya menjadikan peringatan buat tiap yang bernyawa....bahawa mati itu adalah pasti....

    kematian juga adalah satu perjanjian di antara Pencipta dengan yang dicipta......yang pasti akan tertunai...

    yang saling membezakan di antara makhluk...di sisi Pemilik....adalah pada iman dan taqwa....pada-Nya yang Maha Esa...

    yang saling membezakan di antara makhluk dengan makhluk yang lain...adalah pada akal fikiran.....

    namun....makhluk sendiri yang memilih untuk menzalimi diri...dan menzalimi makhluk yang lain....

    dan sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan sesekali memungkiri janji....dan tidak akan sesekali menzalimi...

    al-fatihah untuk mereka yang pergi menghadap Ilahi....

    semoga tiap insan yang 'terpilih' untuk 'berjuang' dan mempertahankan kebenaran atas prinsip yang nyata dan jelas...dikekalkan iman mereka terhadap Allah S.W.T sehingga ke akhir hayat....

    wallahu'alam...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping